Categories: Eat Travel

Anda Kaki Selfie? Jom Selfie Banyak-Banyak Di ‘Selfie Museum KL’ Hujung Minggu Ini

Anda dah rancang nak pergi mana cuti hujung minggu ini? Kalau masih tak tahu nak pergi mana, apa kata anda kunjungi ‘Selfie Museum’ yang bertempat di Fahrenheit 88, Kuala Lumpur.

Bagi anda yang suka selfie (berswafoto), pasti anda akan teruja! Selfie Museum bertemakan pemanis mulut pertama dibuka kepada orang ramai untuk mengabadikan kenangan dengan foto-foto yang cantik dan menarik! Gerenti ‘manis’ Facebook dan Instagram anda bila muat naik foto di muzium ini.

Untuk pengetahuan anda, muzium ini mula beroperasi pada 31 Ogos 2018 yang bersempena dengan hari kemerdekaan negara yang ke-61. Menariknya, muzium ini mempamerkan 9 bilik yang diinspirasikan daripada ukiran manisan yang ada di Malaysia.

Selain itu, muzium ini berkeluasan 7,000 kaki persegi yang ditaja oleh jenama antarabangsa dan tempatan. Paling best bila anda mengunjungi muzium ini, anda akan berpeluang menikmati 5 jenis manisan secara percuma seperti kek cawan sirap, kek cawan gula melaka, aiskrim Baskin Robbins, tart pisang dan teh buih Tealive.

Kalau anda nak masuk ke Selfie Museum ini, anda perlu bayar dan dapatkan tiket masuk. Harga tiket untuk walk-in bagi dewasa ialah RM45, kanak-kanak pula RM30. Manakala, harga tiket yang dibeli secara online untuk dewasa pula ialah RM40 dan kanak-kanak ialah RM25. 

Menarik kan? Jadi, tunggu apa lagi, jom kunjungi Selfie Museum ini, gerenti berpuas hati dengan foto-foto selfie anda. Untuk tahu info lebih lanjut tentang Selfie Museum ini anda boleh usha-usha Instagram mereka okay

Selamat bercuti!

Sumber: Selfie Museum Kuala Lumpur & Oh Hangat

tex_admin