Categories: TECH

Cara Terbaik Untuk Mengesan Kamera Tersembunyi Dalam Bilik

Penggunaan kamera ini tidak terhad untuk merakam momen sahaja, ia turut digunakan berbagai aspek terutamanya dalam bidang keselamatan. Pada kebiasaannya, pihak berkuasa akan menggunakan kamera litar tertutup untuk mencegah dan membenteras jenayah.

Ia merupakan sistem pengawasan yang diaplikasikan untuk tujuan pemantauan, perekodan, transmisi mahupun pengawalan sesbuah kawasan. Tetapi kini, jelas dapat dilihat bahawa kemudahan ini telah disalahgunakan oleh individu tidak bertanggungjawab demi kepentingan mereka.

Oleh itu, amat penting untuk kita mengambil langkah berjaga-jaga, memastikan keselamatan diri dan keluarga dari menjadi mangsa seterusnya. Ini adalah cara-cara mudah untuk mengesan kamera tersembunyi yang diletakkan di rumah mahupun kawasan (bangunan) yang anda kunjungi.

Gunakan Teknik Asas

Saiz kamera yang kecil ini memudahkan penjenayah untuk menyembunyikannya di mana-mana. Justeru, ketika sampai ke sesebuah tempat atau bilik hotel terutamanya, sila periksa tempat-tempat ini:

  1. Pengesan asap (smoke detector)
  2. Plug elektrik
  3. Jalur kuasa
  4. Lampu
  5. Buku, bekas DVD, atau bekas permainan video
  6. Rak
  7. Komputer riba
  8. tetikus komputer
  9. Lubang-lubang kecil di dinding
  10. Gambar atau hiasan lain
  11. Patung-patung yang ada di dalam tempat berkenaan

Tutup Lampu

Kebanyakan kamera mempunyai lampu merah atau hijau yang berkelip. Jadi, anda akan dapat melihat cahaya tersebut jika matikan suis lampu di ruangan terbabit. Suasana yang gelap akan memudahkan anda untuk mencari cahaya yang berkedit jika terdapat kemara yang diletakkan di situ.


Gunakan Kamera Telefon Bimbit

Mungkin ramai yang tidak tahu, telefon bimbit sememangnya mempunyai pelbagai fungsi dan kelebihan. Bukan setakat boleh selfie, kamera hadapan tu sebenarnya boleh digunakan untuk mengesan  cahaya infra merah di sekitar kawasan itu. Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu mengacukan alat kawalan jauh televisyen (remote) ke arah kamera hadapan.

Sekiranya kamera anda mampu mengesan cahaya dari alat kawalan televisyen tadi, maknya telefon bimbit anda tu boleh dugunakan untuk ‘mencari’ sebarang cahaya infra merah yang berada di dalam ruangan berkenaan. Anda pusingkan kamera telefon anda tu di sekitar kawasan bilik untuk memastikan keberadaan kamera tersembunyi.

 

Sumber : Wiki How

SGMS Enal