Categories: TECH

Cara Untuk Berkongsi Fail Daripada Android Ke PC Dengan Mudah

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tips kali ini kami akan berkongsi bagaimana anda boleh menghubung perantiAndroid terus ke PC secara “WIreless”.

Kaedah ini bukan sahaja untuk berkongsi fail besar secara pantas, malah anda dapat menggunakan semua fungsi daripada Peranti Android terus pada PC. Apa yang penting, kaedah ini sangah mudah dan mesra pengguna.

Pertama sekali apa yang perlu anda lakukan ialah dengan memasang aplikasi AirDrop pada peranti Android terlebih dahulu.

 

Seterusnya buka aplikasi tersebut dan anda akan diminta untuk melakukan satu pendaftaran ringkas terlebih dahulu.

Sebelum itu pastikan kedua-dua peranti tersebut sudah disambungkan kepada sambungan WIFi yang sama terlebih dahulu. Kemudian klik pada menu AirDroid Web

 

Anda akan dibawa ke paparan berikut. Apa yang perlu dilakukan ialah dengan membuka pelayar pada PC yang anda ingin sambungkan dan masuk ke laman sesawang web.airdroid.com

 

Maka akan muncul paparan berikut, seterusnya imbas kod QR.

 

Dan secara otomatik peranti Android anda akan disambungkan kepada PC.

 

 

Menu pada skrin akan merujuk kepada semua jenis fail yang ada dalam peranti Android anda.

 

Berikut adalah semua fail jenis video yang terdapat dalam peranti, yang mana dapat diakses terus dengan mudah pada PC dan boleh dimuat turun dengan kelajuan yang amat pantas

 

Contoh sambungan skrin peranti pintar terus kepada PC, fungsi seperti kamera audio dan skrinsyot dapat terus dilakukan pada PC.

Sumber : wiser.my

SGMS Putri