Categories: Gaya Hidup

Jom Sokong Rubini Sambanthan, Satu-Satunya Peserta Malaysia Dalam Asia’s Next Top Model 6

Mesti ramai dalam kalangan anda adalah peminat rancangan pencarian model terkemuka dunia, America’s Next Top Model.

Maklumlah, cabaran-cabaran yang diberikan punyalah susah. Lepas itu, ada banyak drama pula antara para peserta. Syok untuk ditonton!

Versi Asianya, Asia’s Next Top Model, pun tak kurang hebatnya. Peserta Malaysia yang paling popular rasanya adalah Shikin Gomez dan Alicia Amin dari musim lalu dan Tuti Noor dari musim ke-empat.

Bulan ini, rancangan tersebut akan kembali dengan musim ke-enam, dan wakil dari Malaysia telah pun diumumkan!

Rubini Sambanthan, 27, seorang model dari Kajang, Selangor akan berentap dengan 13 orang lagi peserta dari seluruh Asia.

Jika anda tak berapa kenal dengan wanita berkelulusan perakaunan dan kewangan ini, jom recap.

Fotogenik

Rubini bukan nama asing dalam acara beauty pageant di negara ini. Pencapaian tertingginya adalah Miss International Malaysia, di mana dia menang tempat pertama pada tahun 2014. Secara automatik, dia telah mewakili Malaysia di acara Miss International 2014 di Tokyo.

Sebelum itu, Rubini mendapat tempat ke-empat untuk acara Miss World Malaysia 2013, dan memenangi anugerah Miss Photogenic.

Pada tahun 2016 pula, Rubini telah mewakili Malaysia di acara Miss Tourism Sri Langka International dan memenangi tempat kedua serta anugerah Best National Costume.

Kibarkan Jalur Gemilang

Apabila seseorang itu mewakili negaranya dalam sesuatu acara, tak sah kalau tak nervous. Itulah apa yang dirasai oleh Rubini yang berketinggian 176cm.

“Saya mula merasai tekanannya apabila ketahui yang saya seorang saja wakil dari Malaysia. Rasa takut pun ada kerana saya tak nak buat salah!” kata Rubini.

“Salah satu perkara yang membimbangkan saya adalah jika orang akan mengutuk saya kerana bangsa saya.”

Dia berpendapat yang semangat perkauman adalah sebuah isu yang besar di negara ini dan ia tak boleh diendahkan. Jadi dia pun secara tak langsung rasa takut.

“Tapi nasib baik, apabila berita yang mengatakan saya telah dipilih tersebar, semua orang telah hulurkan kata-kata semangat serta sokongan moral.

“Saya memang terkejut yang para Netizen tak kira bangsa sama-sama bersatu-padu tentang perkara ini.

“Saya rasa lega sedikit apabila diberi jaminan yang mereka tetap akan menyokong saya walaupun saya tak menang.” Aww… baguslah kalau macam ini!

Peluang keemasan

Sementara itu, Rubini juga berkongsi yang apabila dia diberi peluang untuk menyertai rancangan ini, dia hampir menolak kerana ketika itu dia masih meratapi kematian abangnya.

“Tapi dengan motivasi yang disampaikan oleh insan-insan penting dalam hidup saya, saya membuat keputusan untuk cuba, kerana peluang ini takkan datang dengan mudah lain kali.

“Saya sedar yang saya sangat bertuah untuk mendapat peluang ini. Ramai wanita di luar sana sanggup buat apa saja untuk berada di mana saya berada sekarang, jadi saya takkan ambil mudah.

“Saya harap melalui rancangan ini, saya boleh berikan inspirasi kepada orang lain dengan kisah hidup saya,” kata Rubini.

Jom check out dulu gambar-gambar Instagram Rubini.

Nantikan premiere siri ke-6 rancangan Asia’s Next Top Model pada 22 Ogos ini di saluran Fox Life.

Sumber: New Straits Times

Ad Ops