Pelakon Amisah Abdullah Meninggal Dunia

Al-Fatihah…Pelakon Nurin Misha atau nama sebenarnya Nor Amisah Abdullah disahkan meninggal dunia pada pagi Ahad, jam 9.30 pagi.

Difahamkan, jenazah Allahyarham disembahyangkan di Surau Al-Islah Taman Batu Permai, Jalan Ipoh seterusnya dikebumikan selepas solat Zohor.

Nor Amisah memulakan karier sebagai pelakon tambahan dan sejak itu beliau banyak membintangi drama dan filem tempatan.

Menurut Persatuan Seniman Malaysia, Allahyarham yang pergi pada usia 52 tahun tidak sedarkan diri awal pagi ini sebelum pihak perubatan yang tiba mengesahkan arwah telah meninggal dunia.

Allahyarham meninggalkan suami dan lima orang cahaya mata.

 

SGMS Faida