TECH By: SGMS Putri June 27, 2018 @ 1:59pm

DJI Perkenalkan Gimbal Untuk Telefon Pintar Dan Kamera DSLR

Pengeluar dron dari China, DJI, telah memperkenalkan dua versi gimbal pada acara CES 2018 kali ini. Dua gimbal terbabit, OSMO Mobile 2 dan Ronin S bakal disasarkan kepada pengguna telefon pintar dan juga pengguna kamera DLSR.

OSMO Mobile 2

Gimbal untuk telefon pintar ini merupakan rekaan semula daripada versi lama dan kini ia dilengkapi integrasi bateri untuk rakaman 15 jam, 3 kali lebih lama daripada versi terdahulu.

Dengan rekaan terbaru, ia menampilkan kedudukan butang yang mudah diakses pengguna serta telefon pintar kini mampu diletakkan secara menegak untuk rakaman potret. Bakal dijual pada harga $129 (~RM516.37) ia jauh lebih murah dari edisi yang pertama.

Ronin S

Penstabil 3 paksi baru ini direka khas untuk kegunaan kamera DSLR mahupun mirrorless yang berbeza dari segi saiz.

Mempunyai butang kawalan yang membantu pengguna untuk mengakses sejumlah ciri yang disediakan padanya. Terdapat juga beberapa jenis aksesori tambahan seperti Focus Control Center, DJI Master Force, DJI Master Wheels dan lain-lain untuk memberikan lebih prestasi penggunaan.

Ronin S dilaporkan akan mula ditawarkan disetiap pengedar sah DJI seluruh dunia pada suku kedua tahun 2018.

Sumber: DJI

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Wed, 7 Mar 2018

Apa itu e-sports?

Sama ada anda suka bermain permainan video atau tidak pernah memegang alat joystick, pasti anda pernah mendengar tentang esport. Industri yang dianggarkan bernilai hampir RM6 bilion pada tahun 2020, dengan beberapa pemain yang sudah bersaing […]

TECH Sat, 16 Dec 2017

Snapdragon 845 Mungkin Dilancar Disember Ini

Qualcomm diramal untuk mengumumkan cip pemproses terbaru, Snapdragon 845 pada bulan Disember ini. Difahamkan lagi cip tersebut akan berkongsi proses pembuatan sama seperti Snapdragon 835, iaitu 10nm FinFET yang mana ia akan membawa sejumlah besar […]

TECH Sat, 13 Apr 2019

Cara Mengubah Saiz & Format Video

Pernahkah anda rasa fail gambar anda terlalu besar? Anda perlu ketahui cara-cara mengecilkan saiznya.

TECH Sun, 18 Nov 2018

Cara Cari Maklumat Objek Hanya dengan Gambar

Pernah keliru mencari apa nama objek di sekeliling kita? Permohonan berikut akan membantu anda mencari jawapannya.

Automobile Thu, 13 Sep 2018

38 Lamborghinis Already Sold This Year!

I wonder if any of them were purple…

TECH Mon, 16 Dec 2019

Kerap Guna Telefon Sambil Mengiring, Tulang Belakang Membengkok

Alamak tulang belakang boleh bengkok bahaya ni.

TECH Tue, 8 Jan 2019

Cara Mudah Semak Nombor Resit untuk Ekspedisi Pelbagai di Android

Selain dapat melakukannya di mana saja, anda boleh membandingkan pelbagai produk mengikut poket anda.

TECH Sun, 29 Sep 2019

Berkongsi Instagram Stories Dengan Close Friends Sahaja

Rupanya IG stories pun ada closed friends

TECH Fri, 20 Jul 2018

Kementerian Pertahanan Malaysia Larang Warga ATM Guna Tik Tok

Tik Tok adalah aplikasi video pendek yang semakin menjadi perhatian ramai ketika ini dan popularitinya melonjak naik lebih-lebih lagi dirantau Asia. Walaupun ia sekadar hiburan bagi si pengguna, namun Kementerian Pertahanan Malaysia melihat ia membawa […]

TECH Sun, 18 Aug 2019

Tingkatkan Kualiti Bunyi Pada Android, Cuba Cara Ini

Bunyi tak berapa kuat pada peranti anda?