Categories: TECHTech News

Donald Trump Lantik Diri Sendiri Sebagai Penasihat Tertinggi AI

Minggu lalu, The White House dengan bangganya mengumumkan pembentukan jawatankuasa bagi melantik penasihat presiden dan Kerajaan Persekutuan berkenaan AI. Ramai menggelarkan tindakan itu benar-benar memalukan.

Isu pembentukan jawatankuasa oleh ahli lembaga memang benar. Ini pautan ke dokumen rasmi yang mengumumkan panel termasuk kenyataan dari ‘penasihat sains’ tertinggi Donuld Trump, Michael Kratsios.

Dan ini adalah petikan dari dokumen itu:

“Bagi meningkatkan penyelarasan usaha Kerajaan Persekutuan berkaitan AI dan memastikan kepimpinan Amerika Syarikat yang berterusan di AI, hari ini The White House melantik Jawatankuasa Pilihan untuk Artificial Intelligence (Jawatankuasa Pilihan) di bawah Majlis Sains dan Teknologi Kebangsaan.”

Jika difahamkan, Trump sudah membabitkan diri dalam jawatankuasa ini lebih dari setahun, tetapi baru kini The White House akhirnya membentuk jawatankuasa penasihat rasmi. Namun begitu, masih ada satu masalah iaitu, ahli panelnya terdiri daripada mereka yang tidak wujud dan Donuld Trump sendiri.

Mungkin kita merendahkan keupayaan bekas bintang realiti TV ini, namum Trump dilihat seperti tidak layak untuk menasihat Presiden bagi hal-hal berkaitan teknologi kerana ia begitu kompleks dan sukar difahami seperti AI.

Dokumen itu juga menyatakan panel akan mempunyai beberapa pejabat pengawasan:

“Jawatankuasa Pilihan akan dipengerusikan oleh Dasar Sains dan Teknologi dari Pejabat The White House (OSTP), Yayasan Sains Nasional (NSF) dan Agensi Projek Penyelidikan Pertahanan (DARPA).”

Ini bukan satu berita baik, kerana mereka yang sepatutnya menyediakan pengawasan dari pejabat-pejabat ini dan Majlis Sains dan Teknologi Kebangsaan (NSTC) kebanyakannya tidak wujud. Erk, biar betul? Macam mana tu?

Nak tau lebih lanjut, baca SINI.

Ditulis oleh SGMS Epul

SGMS Enal