Tahun 2018 ini boleh dikatakan sebagai zaman kegelapan bagi laman media sosial terkemuka, Facebook. Sejak didedahkan terlibat dengan skandal penyalahgunaan data pengguna yang berlaku kira-kira dua tahun yang lalu, orang ramai sudah mula memandang serong kepada mereka.
Sebarang kesilapan yang dilakukan oleh Facebook kini semakin diambil serius walaupun sebelum ini ianya langsung tidak diambil peduli. Terbaru, mereka telah didesak untuk memohon maaf atas kegagalan mereka untuk menyekat kiriman berbaur kebencian seperti perkauman serta penderaan kanak-kanak.
Tambahan lagi, Facebook dikatakan memberikan layanan yang berbeza kepada kumpulan dan laman Facebook yang mempunyai hubung kait dengan kerajaan dan agensi berita di mana mereka lebih bebas dalam membuat apa jua bentuk kiriman.
Perkara ini menjadi persoalan kerana Facebook sebelum ini diminta agar melonggarkan sedikit sekatan dan kawalan mereka terhadap kiriman yang dibuat oleh pengguna. Ia sekaligus menimbulkan tanda tanya sama ada mereka serius atau tidak dalam melaksakan polisi mereka.
Ruhainies harap semua pihak dapat move on. Tak mahu panjangkan isu.
Save the date!
Mungkin ini yang terbaik untuk Syasya 🫶🏼
Innalilahiwainnailaihirajiun
Tak sabarnya nak tengok nanti! Jom sertai
Fuh ramai yang restu ni!! Sabar okay semua