Categories: AutomobileTECH

Industri Kereta Sewa Konvensional Mungkin Tidak Bertahan Lama

Industri kereta sewa konvensional di negara ini boleh dinilai sehingga melebihi RM 500 juta bagi tahun 2017. Namun dengan kehadiran beberapa pencabar baru yang lebih berdaya maju seperti SoCar, GoCar dan Moovby yang menggunakan platform digital dalam perkhidmatan mereka, nasib mereka kini kian terumbang-ambing.

 

Dengan mengambil contoh dari nasib yang menimpa perkhidmatan teksi tempatan selepas kemunculan perkhidmatan Grab dan Uber, industri kereta sewa konvensional seharusnya mengambil satu langkah proaktif bagi memastikan mereka tidak menerima nasib yang sama. Sekiranya penggiat industri kereta sewa konvensional tempatan tidak mampu untuk menggunakan platform digital dalam perkhidmatan, mereka boleh menambahbaik dari segi kualiti perkhidmatan mereka.

Seorang usahawan muda,  Nurfaiz Foat melalui akaun Facebook nya telah berkongsi sedikit pengalaman beliau menggunakan dua perkhidmatan ini semasa kereta beliau mengalami kerosakan baru baru ini. Beliau berpendapat bahawa dengan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat sewa konvensional pada hari ini, mereka mungkin tidak akan dapat bertahan untuk masa lima tahun akan datang. Beliau sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat SoCar yang mempunyai kualiti perkhidmatan yang sangat baik. Anda boleh membaca kiriman penuh beliau pada imej dibawah.

Sumber

SGMS Putri