Categories: TECHTech News

Instagram Menguji Cara Baru Untuk Melihat Gambar Pada Explore Tab

Instagram kini dilihat sedang menguji cara baru untuk pengguna melihat gambar pada aplikasi mereka iaitu dengan cara yang sama anda menonton stories pada akaun Instagram. Ini bermaksud, pengguna tidak lagi perlu scroll untuk melihat gambar pada bahagian Explore akan tetapi hanya tap atau tekan untuk ke gambar lain.

Implementasi ini walaubagaimanapun hanya diuji pada bahagian Explore Tab yang memaparkan gambar dan video yang pihak Instagram rasakan bersesuaian dengan pengguna. Cara baru ini dilihat lebih mudah sama seperti melihat Insta Stories akan tetapi berisiko untuk anda tertekan Like secara tidak sengaja.

Buat masa ini, tiada maklumat rasmi bila ia akan diperkenalkan secara menyeluruh kepada semua pengguna Instagram dan hanya sesetengah pengguna terpilih untuk mencubanya. Pihak Instagram melalui kenyataan mereka kepada TechCrunch mengatakan buat masa ini, tiada perancangan untuk memperkenalkan cara yang serupa pada bahagian utama feed Instagram.

Apa pendapat anda mengenai perkara ini ?

Rosli Ab Rahman