Categories: AutomobileTECH

KALAU ADA KERETA ELEKTRIK, MINYAK TURUN TAK?

Satu daripada tiga pengguna Asia Tenggara  merancang untuk membeli sebuah kereta elektrik pada masa akan datang.

Itu kajian tertutup Nissan oleh Frost & Sullivan,  bertajuk “Masa Depan Kenderaan Elektrik di Asia Tenggara,” dikeluarkan pada satu perhimpunan “Nissan Futures”  yang berlangsung di Singapura baru-baru ini.

Penyelidikan pengguna di Singapura, Indonesia, Thailand, Malaysia, Vietnam dan Filipina mendedahkan bahawa 37% bakal pembeli terbuka untuk mempertimbangkan kenderaan elektrik sebagai kereta mereka seterusnya.

Malah pelanggan di Filipina, Thailand dan Indonesia muncul sebagai yang paling bersemangat mengenai kereta elektrik.

Atas kehendak itu NISSAN  mengumumkan pengeluaran Nissan LEAF  baharu  yang 100% elektrik, memaparkan teknologi canggih. Ia akan  di jual di Australia, Hong Kong, New Zealand, Singapura, Korea Selatan, Thailand dan Malaysia pada tahun fiskal akan datang.

Malah Indonesia dan Filipina pun dah masuk dalam senarai rangka penjualannya.

Kalau ada kereta elektrik, harga minyak boleh turun tak? Tetapi nanti harga elektrik lak naik gara-gara kereta kena cas? Emmm…

Dan bila ada kereta elektrik kenalah ada plug untuk mengecas di luar rumah ya tak? Kondominum pun kenalah ikut perubahan. Malah perlu ada juga  stesen yang menyediakan ruang mengecas. Ya lah buatnya kuasa cas semakin rendah tak ke ‘mati’ tengah jalan. 

Aduh! Agak-agak praktikal ke kereta elektrik ni?

 

SGMS Fas