Categories: HiburanSelebriti

SOFI JIKAN TAK MAHU PANJANG CERITA

Susulan kes pelakon Farid Kamil yang bertindak ganas di Balai Polis Kota Damansara pada Januari lalu, rakan rapatnya Sofi Jikan enggan memanjangkan cerita.

Sofi akui tahu tentang masalah yang sedang dialami Farid.

“ Saya tahu dia sedang sakit dan apa yang sedang dialaminya. Saya kasihan padanya,” komennya ringkas.

Bagaimanapun, Sofi enggan mengulas lanjut berhubung laporan polis yang dibuat Farid pada 31 Januari lalu apabila mendedahkan tiga rakan artisnya merupakan dalang di sebalik kejadian tersebut apabila meletakkan dadah dalam minumannya.

 “Tiada komen. Lagipun perkara ini isu sensitif dan di bawah undang-undang. Kalau saya cakap lebih-lebih, nanti orang akan tuduh juga,” akhirinya.

Semoga ada penyelesaian terbaik dalam hal ini ya…

 

SGMS Faida