ZIZAN RAZAK DEDAH SIAPA WANITA LEMAH LEMBUT ITU

Sering aktif di laman sosial, Zizan Razak sekali lagi memuat naik satu status di laman twitter beliau yang cukup menarik perhatian. Zizan berkata wanita yang lemah lembut di instagram sebenarnya garang dan bengis selepas menjadi girlfriend kita.

Tweet yang diletakkan dengan hashtag #lelakijangantertipu nyata mendapat perhatian peminat dan pengikut beliau seramai 2.64 juta di laman tersebut.

Menerusi tweet yang ditulis oleh Zizan itu, followers beliau ramai yang memberikan respon termasuklah ada yang mengakui bahawa diri mereka juga mempunyai sifat tersebut. Dan, ada juga yang menyifatkan tweet dari Zizan itu sebagai gurauan bersama peminat. 

Malah, ada juga yang sempat mengusik artis kesayangan mereka itu dengan mengaitkan tweet tersebut dengan Mira Filzah.

Buat Zizan, siapapun sebenarnya gerangan wanita lembut yang dimaksudkan tu? Kami tetap doakan Zizan bertemu dengan jodoh yang baik. 

Salma Syahbuddin