PANIK HINGGA KURUS DIBUATNYA

Siapa sangka, hanya kerana panik, seseorang itu boleh jadi kurus! Betul ke ni? Itu yang dialami penyampai radio Kool FM, Haiza.

Selebriti berusia 38 tahun ini pernah berdepan sindrom kerisauan melampau serta serangan panik hingga menyebabkan berat badannya menyusut.

“ Saya berdepan masalah serangan panik selain sering diburu kebimbangan yang memerlukan saya berjumpa doktor pakar,” beritahunya.

Walau bagaimanapun, Haiza tidak pernah bercerita dengan sesiapapun mengenai masalah yang dialaminya. 

“Pada suatu peringkat, saya tidak boleh bersendirian di rumah hingga perasaan jadi tak tentu arah. Lantas, saya segera mendapatkan nasihat doktor pakar selain rujukan daripada sudut kerohanian,” katanya.

Tambahnya, sokongan daripada keluarga dan  teman rapat membolehkan dirinya ‘bangkit’.

“Apa yang penting, kita harus kuat melawan perasaan panik itu. Ramai orang fikir saya berlapar untuk kurus. Sedangkan, berat badan susut kerana serangan panik. Alhamdulillah, sekarang saya makin pulih,” katanya.

Sumber: Berita Harian Online

SGMS Faida