Categories: TECHTech News

Memori Peranti Penuh? Jom Lihat Cara Menyelesaikan Masalah File Pendua

Memori peranti penuh? Bingung kenapa ada file pendua dalam peranti anda?

Masalah ini tidaklah signifikan sekiranya anda menggunakan peranti yang mempunyai saiz storan yang besar.

Namun sedikit sebanyak kehadiran fail ini agak mengganggu kita, apa pun masalah ini boleh diselesaikan dengan mudah. Berikut kami kongsikan salah satu kaedah yang boleh anda lakukan untuk membersihkan kehadiran fail “Duplicate” pada peranti Android anda.

Langkah 1

Muat turun dan pasang aplikasi Duplicate files Fixer daripada Playstore terlebih dahulu.

Langkah 2

Aplikasi ini sangat mudah digunakan dan ianya juga sangat mesra pengguna. apa yang perlu anda lakukan ialah dengan memilih jenis-jenis fail yang ingin dipadam salinannya, dan klik pada menu Scan Now.

Langkah 3

Setelah selesai proses pencarian, hasilnya akan dipaparkan seperti berikut.  Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan menandakan fail yang ingin dipadam dan seterusnya klik pada tombol Delete Now

Pilih “Ok” untuk permintaan berikut, saiz storan yang berjaya di “bersihkan” juga dinyatakan.

Selesai. Sekarang anda tidak perlu risau lagi sekiranya memori anda penuh dengan duplikasi file dalam peranti anda. Selamat mencuba!

Kredit: wiser.my

SGMS Putri