TECH By: SGMS Putri August 2, 2018 @ 2:30pm

Menambah Baik Penerimaan Isyarat Pada Peranti Mudah Alih

Masalah “signal” yang lemah pada peranti pintar sememangnya tidak asing lagi, terutamanya ketika berada berjauhan dengan antena penghantar isyarat.

Berikut kami kongsikan beberapa tips yang boleh dicuba sekiranya penerimaan isyarat adalah lemah.

1. Pastikan kuasa bateri berada pada tahap meelbihi 40%

Apabila bateri beradapada tahap kurang dadripada 30% peranti kebiasaannya akan masuk ke mod penjimatan kuasa. Maka secara tidak langsung akan menghadkan fungsi peranti pintar dan akan menjejaskan kualiti penerimaan isyarat.

2. Posisi peranti yang betul

Posisi peranti juga memainkan peranan yang sangat penting, adakalanya ketika peranti dipegang pada posisi “Landscape” tahap penerimaan isyaratnya akan menjadi sedikit kurang, jadi sentiasalah mengubah posisi peranti sekiranya isyarat yang diterima adalah lemah.

3. “Casing” yang tidak menyekat isyarat

Pemilihan “casing” yang kurang sesuai juga boleh menyebabkan isyarat tersekat. Oleh itu kami syorkan anda memilih “Casing” yang tidak terlalu tebal dan belilah jenama yang disyorkan.

4. Penggunaan “Signal Booster”

Kepada yang mengalami masalah penerimaan isyarat yang lemah ketika berada didalam rumah ataupun bangunan, kami syorkan anda memasang peranti “Signal Booster” yang berfungsi menguatkan lagi penerimaan isyarat di dalam bangunan.

Peranti ini boleh didapati dengan mudah melalui kedai atas talian seperti Lazada, Ali express dan lain – lain.

sumber : wiser.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Tue, 12 Nov 2019

Bagaimana Microsoft Jepun Naikkan Produktiviti Syarikat?

Nak tahu best ke tak cuba praktik Kerja Empat Hari Tapi Bayar Gaji Lima Hari

TECH Fri, 17 Nov 2017

Cara Cegah Virus Pada PC Tanpa Menggunakan Sebarang Aplikasi

Artikel ini khusus untuk anda yang suka muat turun bahan-bahan daripada internet, sama ada dalam bentuk video, aplikasi dan lain-lain. Tahukah anda bahawa aktiviti memuat turun sebenarnya dalah sangat merbahaya ? Ini  kerana terdapat pelbagai jenis virus […]

TECH Wed, 21 Mar 2018

Buka “Website” Yang Disekat Tanpa Sebarang Aplikasi

Bukan sahaja dapat membuka laman sesawang yang disekat, malah aktiviti anda juga tidak dapat dikesan.

TECH Tue, 9 Jan 2018

Tips Kembalikan Butang ‘View Image’ Pada Carian Gambar Google

Ramai yang mengadu tidak tahu bagaimana untuk “View Image” kerana sebelum ini, terdapat satu butang khas dinamakan ‘View Image’ di Google Images untuk membolehkan pengguna melihat imej yang dikehendaki.

Automobile Wed, 14 Mar 2018

苹果无线充电底座终于要来了!

无线充电这项技术对于众多安卓手机来说已经不新鲜了,但是对于苹果手机用户来说,却是个「新技术」。对于不少手握iPhone 8、8 Plus以及X的用户来说,他们都在苦等苹果一样神器,那就是AirPower无线充电器,到底它会在何时上市开卖呢?

TECH Tue, 20 Nov 2018

Bagaimana Cara Gabung Fail PDF Jadi Satu?

Bagaimana untuk mengabungkan file PDF menjadi satu, jom kami kongsikan caranya!

TECH Mon, 23 Jul 2018

Aspek Yang Perlu Diambil Kira Sebelum Membeli Telefon Pintar

Aspek-aspek yang anda perlu tahu sekiranya ingin membeli telefon pintar.

TECH Tue, 3 Jul 2018

Samsung Galaxy Tab S4 Bakal Dilancarkan September Ini

Tweet   Internationale Funkausstellung atau IFA 2018 akan berlansung bermula dari 31 Ogos hingga 5 September ini. Ia merupakan satu ekspo bagi barangan elektronik dan peralatan rumah utama dunia di mana syarikat pengeluar utama akan berhimpun […]

TECH Sun, 15 Jul 2018

WhatsApp Uji Fungsi “Mark as Read” dan “Mute” Pada Ruang Notifikasi

Pada tahun ini WhatsApp sudah dikemaskini dengan sejumlah ciri baru untuk menjadikannya sebagai aplikasi pemesejan paling popular. Sedikit demi sedikit ciri diperkenalkan dan melalui versi beta yang terbaru, fungsi “Mark as Read” dan “Mute” boleh […]

TECH Thu, 19 Sep 2019

3 Aplikasi Untuk Mengesan “Laptop” Yang Dicuri

Pernahkah anda tahu bahawa kita boleh mengesan “laptop” kita yang dicuri?