Categories: EventsTECHTech News

MOBE Wujud Platform Promosikan Produk Dan Perkhidmatan

Sebuah pameran yang mempamerkan semua perniagaan berkaitan internet yang dikenali sebagai Malaysia Online Business Expo (MOBE) telah di adakan di Mid Valley Exhibition Center Hall. Pameran ini terbuka kepada orang awam dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Matlamat utama expo ini dijalankan adalah bagi mewujudkan platform pemilik perniagaan dan usahawan untuk rangkaian dan mempromosikan produk mereka. MOBE juga membawa platform dalam talian ke tapak di mana pemilik perniagaan atau usahawan dapat mempamerkan dan menjual produk mereka di luar talian selain, dapat menggalakkan  individu-individu lain yang ingin menubuhkan perniagaan dengan cara yang betul.

Menurut Pengasas Malaysia Online Business Expo 2018, Jason Yee berkata,

“Kami telah melihat perkembangan di dalam perniagaan dalam talian, tetapi ia masih di dalam tahap pertumbuhan di Malaysia. MOBE mencipta peluang untuk orang ramai mempelajari tentang perniagaan dalam talian, cabarannya dan pencegahan penipuan siber. Di sinilah para peserta pameran berkumpul untuk bertemu satu sama lain dan bertemu pelanggan mereka. Mereka mempunyai peluang untuk mempromosikan, mendidik, dan mendapatkan maklum balas daripada rakan usahawan dan pelanggan mereka. Tambahan pula, kami juga berharap dapat memupuk minat untuk menyertai perniagaan dalam talian.” Katanya

MOBE juga turutmenyasarkakn lebih 50k pengunjung dimana pengunjung yang datang berpeluang untuk berkomunikasi bersama pakar daripada pelbagai industri dan sektor.

Jadi kepada sesiapa yang berminat untuk menambahkan ilmu pengetahuan dalam perniagaan bolehlah layari www.facebook.com/mobexpo.my/

Salma Syahbuddin