Categories: TECH

Muat Turun Aplikasi di App Store Hingga 200MB

Seringkali apabila kita menggunakan peranti iOS dan ingin muat turun aplikasi yang besar, Apple hanya mengehadkan untuk muat turun aplikasi sehingga 150MB sahaja tanpa sambungan terhadap WiFi.

Namun hari ini Apple telah mengubah jumlah muat turun aplikasi dari 150MB ke 200MB had jika anda muat turun aplikasi tanpa menggunakan sambungan WiFi.

Bermakna anda perlu mendapatkan sambungan WiFi jika ingin memuat turun aplikasi yang mempunyai kebesaran melebihi 200MB.

 

Sumber: https://theskop.com

SGMS Enal