Categories: TECH

Nikmati Audio Berkualiti dengan Pilihan 5 Speaker Terbaik di Malaysia

Bahan visual yang berunsurkan videografi kebanyakannya bergantung kepada aspek audiografi yang tip top. Rahsia kepada aspek ini yang dinaiktaraf ialah penggunaan speaker yang mematuhi spesifikasi yang mesra pengguna tanpa merisikokan kualiti. Senarai yang mudah telah kami sediakan di bawah!

JBL Go Portable Bluetooth Speaker

Terbaik untuk laptop dan PC dengan harga yang termurah

Speaker yang terbaik untuk laptop serta peranti pintar anda kini hanya memerlukan speaker yang mampu disambung oleh teknologi Bluetooth dan semestinya speaker ini memenuhi prasyarat tersebut. Tambahan pula, baterinya yang mampu bertahan sehingga 5 jam pasti menghiburkan hati anda tanpa jemu.

Sony SRS-XB10

 

Speaker Bluetooth terbaik untuk muzik – dengan bass yang jelas

Dikuasakan dengan bateri yang mampu bertahan selama 16 jam dan fungsi EXTRA BASSyang datang bersama pasti menjadi lebih menarik dengan penarafan IPX5 water resistant. Selain sambungan Bluetooth, peranti ini juga boleh disambung dengan NFC membuatkan niat mendengar lagu lebih mudah.

JVC CS-J620 CS Series 2-Way Coaxial Car Speakers

 

Speaker terbaik untuk kereta

Pemasangan yang mudah tanpa kesusahan merupakan keutamaan dalam memasang speaker pada kereta. Jadi, model ini telah meletakkan keutamaan itu sebagai penanda aras utama dalam produk ini menjadikan reka bentuknya mudah. Jenis bahan yang dibuat daripada Poly Ether Imide mampu memaksimakan frekuensi bunyi sehingga 22 000 Hz.

Dalam mengimbangi frekuensi serendah 35 Hz pula, model ini menggunakan hibrid antara getah dan kain yang mengelilingi Mica Cone. Hasilnya? BOOM! Kombinasi frekuensi yang mewarnai hidupmu.

Samsung HW-M360 200W 2.1-Channel Soundbar

 

Speaker 2.1 terbaik untuk muzik dan nonton film di TV LED

Tiada kata – kata mampu menjelaskan dengan lebih baik. Speaker yang hebat ini mempunyai pemprosesan audio Dolby Digital dan saluran DTS 2 dalam menghasilkan pengalaman mendengar audio yang meninggalkan kesan kepada diri. Sambungannya yang mudah dengan teknologi Bluetooth pula pasti mencepatkan masa untuk berhibur!

Logitech Z906 5.1 Surround Sound Speaker System

 

Speaker terbaik untuk subwoofer dan gaming

Didatangi dengan channel 5.1, serta di–tuned sehingga piawai tertinggi untuk mencapai penarafan THX.  Model ini mampu berinteraksi dengan Dolby Digital. Malahan, bunyi yang dikod dalam DTS memberikan anda pengalaman audio yang premium serta pelbagai dimensi.

SGMS Putri