Gambar seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dengan sepasang mata besar yang sangat cantik sehingga ramai yang memujinya seperti puteri dari animasi Disney, tular di media sosial baru-baru ini.
Namun sebenarnya, sepasang mata besar yang dimiliki Mehlani Ramirez itu ada kaitan dengan Sindrom Axenfeld Rieger iaitu sejenis penyakit yang berkaitan dengan mata.
Pastinya kamu juga janggal mendengar nama sindrom ini, bukan? Luangkan sedikit masa untuk memahami Sindrom Axenfeld Rieger ini.
Sindrom Axenfeld Rieger adalah penyakit genetik yang diwarisi keluarga dan ia boleh mengganggu pertumbuhan mata.
Terdapat tiga kategori utama sindrom ini tapi ia mempunyai sebab-sebab yang berbeza dan dirawat berdasarkan gejala yang dialami.
Matlamat utama rawatan sindrom ini adalah bagi mengurangkan tekanan pada mata dan biasanya berlaku apabila kanak-kanak mempunyai glaukoma.
Berikut merupakan rawatan yang boleh dijalankan:
Jika anak kalian telah didiagnosis dengan sindrom tersebut, sebaiknya berunding terus dengan pakar perubatan profesional untuk bimbingan dan keluarga harus memberi sokonga penuh kepada mereka.
Sumber: The Asian Parent
Alamak, sabar la ya Ruhainies
Ha pedas dan padu pesanan Che Ta!
Semoga baik-baik saja
Alamak! Betul ke ghost account?
cabaran bergelar bapa diusia muda
Moga terus bahagia Lofa dan Haris