TECH By: SGMS Putri April 28, 2018 @ 4:29am

Pembesar Suara Pintar Facebook Mungkin Dilancarkan Oktober Ini

Syarikat yang kini sedang diserang kontroversi, Facebook Inc dijangka akan melancarkan peranti pembesar suara pintar mereka pada suku terakhir tahun ini, menurut Digitimes. Pada awalnya, peranti tersebut mahu diperkenalkan kepada umu pada Persidangan Pembangun Facebook (F8) yang diadakan pada awal bulan Mei, namun ia terpaksa ditangguhkan kerana pemiliknya, Mark Zuckerberg dipanggil untuk memberi keterangan berkenaan skandal privasi yang melibatkan Facebook.

Pembesar suara yang menggunakan fungsi AI ini dikatakan akan menjadi pesaing bagi model Apple HomePod, Amazon Echo serta Google Home. Pada laporan awal juga daripada Digitimes, Facebook merancang untuk memperkenalkan dua model pembesar suara pintar pada bulan Mei, namun terpaksa ditangguhkan ke bulan Julai sebelum laporan terbaru mengatakan mereka akan lancarkan peranti tersebut pada seawal-awalnya bulan Oktober tahun ini.

Dua pembesar suara itu masing-masing dinamakan sebagai Aloha dan Fiona di mana kedua-duanya akan dilengkapi dengan skrin paparan sentuh 15 inci dari LG. Aloha dijangka akan mempunyai harga yang sedikit tinggi berbanding Fiona kerana pemiliknya akan memiliki kebolehan untuk mengubahsuai paparan Aloha berbanding Fiona.

Dalam pada itu, langkah yang diambil oleh Facebook ini dinilai agak berisiko oleh pemerhati industri kerana produk bakal pesaing mereka, Apple HomePod baru-baru ini mengalami penurunan permintaan yang mendadak. Pengedar HomePod terpaksa mengurangkan permintaan mereka daripada 500,000 unit sebulan ke 200,000 unit sebulan sahaja berikutan prestasi jualan yang tidak memberangsangkan.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sat, 1 Sep 2018

Facebook新功能开放用户靠影音赚钱了!

经一年在美国市场推出后,Facebook宣布旗下影音服务Facebook Watch正式在全球推出!

FESYEN Wed, 27 Dec 2017

Tips Ketahui Cara Untuk Muat Turun Tanpa Had Melalui Rangkaian Selular Buat Peranti iOS

Terbaru, melalui kemaskini iOS 11, pihak Apple telah mempertingkatkan had saiz muat turun kepada 150 MB berbanding 100 MB pada versi yang terdahulu.

Automobile Thu, 19 Jul 2018

常识分享:交通圈正确用法知多少?

交通圈,是为了让交通更顺畅,减低车子在装有交通灯的十字路口停下来的时间以及降低意外发生的几率。可是,马来西亚的交通圈恰好跟以上的说法完全相反,这到底是为什么呢?

TECH Wed, 30 Oct 2019

Godam Whatsapp: Facebook Saman Firma Israel

Gergasi teknologi Facebook pada Selasa mengumumkan bahawa ia menyaman sebuah firma pengawasan dalam talian Israel, Kumpulan NSO, yang didakwa menggodam pengguna perkhidmatan mesej popularnya, WhatsApp, antara April dan Mei tahun ini, lapor agensi berita Turki […]

TECH Wed, 11 Jul 2018

Antutu Senaraikan 10 Telefon Pintar Yang Paling Digemari Untuk Jun 2018

Selepas hadir dengan senarai 10 Telefon Pintar Terbaik Jun 2018, Antutu sekali lagi berkongsi maklumat mengenai 10 telefon pintar yang paling digemari untuk bulan terbabit. Model tersenarai merupakan peranti Android yang mendapat penilaian tertinggi dari pengguna aplikasi Antutu […]

TECH Thu, 12 Apr 2018

Apple Akan Berhenti Menyokong Aplikasi 32-bit Tidak Lama Lagi

Pengguna MacOS akan mula menerima peringatan tersebut pada hari ini jika mereka membuka aplikasi yang hanya menyokong 32-bit pada MacOS High Sierra.

Automobile Thu, 15 Nov 2018

下车甩门最易惹怒司机!常关「太大力」渗水、异音通通来

有些乘客总是喜欢在下车时,以「超浮夸」姿势甩门下车!只是用力关车门次数一多,不仅会减少组件使用寿命,同时也容易造成……

TECH Mon, 21 May 2018

Mahu Terus Fokus Pada YouTube, Aplikasi Vevo Bakal Ditutup

YouTube adalah teras utama perkhidmatan sindikasi muzik iaitu aplikasi Vevo. Terbaharu, syarikat itu mengumumkan perancangan untuk lebih memfokuskan kepada laman perkongsian video itu berbanding aplikasinya.

TECH Mon, 9 Jul 2018

“Subtitle” Filem Terus Daripada VLC Media Player

Perlukan ‘subtitle’ untuk menonton filem anda dalam ‘VLC’?Anda boleh cuba cara ini.