Categories: TECH

Periksa Bateri IPhone Samada Anda Wajib Menukar Bateri IPhone Atau Tidak?

Umum mengetahui bahawa iOS 11.3 telah dilancarkan secara rasmi pada 30 Mac 2018.

Adakah anda sedar bahawa Apple telah memperkenalkan Battery Health untuk menyemak kesihatan bateri iPhone anda?

Fungsi Battery Health ini hadir pada iOS 11.3 bagi iPhone SE, iPhone 6/Plus dan ke atas. Jika sebelum ini anda mengetahui bahawa Apple telah memperlahankan prestasi iPhone anda disebabkan oleh bateri bukan?

Oleh yang demikian Apple telah membuat permohonan maaf secara terbuka dan mengadakan program penukaran bateri iPhone dengan harga serendah RM129 sahaja bagi iPhone SE, iPhone 6/Plus dan ke atas.

Namun, adakah anda wajib menukar bateri iPhone?

Berikut merupakan kaedah yang paling mudah untuk anda menyemak kesihatan bateri iaitu tekan setting-battery-Battery Health (BETA) dan baca Maximum Capacity.

Jika dilihat pada kenyataan Apple sebelum ini. Mereka menghasilkan bateri iPhone yang mampu bertahan sehingga 80% dan ke atas bagi kitaran lengkap caj sebanyak 500 kali

Bermakna sekiranya bateri iPhone anda mencapai kapasiti bawah 80% anda harus terus ke Pusat Servis Apple yang sah untuk menukar bateri baru dengan harga RM129.

Namun, jika bateri iPhone anda 80% ke atas anda tidak perlu risau berkenaan isu ini. Diharap maklumat ini membantu anda.

Walau bagaimanapun, anda juga harus membaca tulisan kelabu di bawah Peak Performance Capability.

Di situ iPhone anda akan nyatakan status kesihatan bateri.

SGMS Putri