Cuteness Overload! Baby Iqy Buat Penonton Tak Senang Duduk

Penonton jangan taktau pula, selain watak Pali dan Kak Su dalam drama bersiri popular Pujaan Hati Kanda yang disedang ditayangkan sekarang ini menjadi bualan, kelibat kanak-kanak comel yang dipanggil Iqy dalam cerita ini juga membuatkan penonton tak senang duduk tau.

Kecomelan dan reaksi baby Iqy yang jarang sekali menangis dan dilihat sentiasa ‘redha’ dengan situasi yang berlaku membuatkan namanya sering disebut-sebut dan menjadi antara faktor kenapa penonton dan peminat drama tempatan menjadikan PHK pilihan tontonan mereka.

Ayden Mikael atau baby Iqy yang berusia lingkungan 5 hingga 7 bulan ini tampak selesa digandingkan bersama pelakon Mira Filzah menerusi drama yangdisiarkan di slot Akasia, TV3.

Tahap kecomelan Ayden Mikael atau baby Iqy ini membuatkan artis-artis yang terlibat dalam penggambaran Pujaan Hati Kanda secara langsung ataupun tidak langsung nampaknya tidak mensia-siakan peluang mengabadikan momen bersama Iqy. Tak percaya? Tengoklah ni.

Haa,comel kan baby Iqy ni! Jadi, kalau tak puas nak tengokkecomelan baby Iqy, teruskan lah sokongan korang semua untuk menonton drama Pujaan Hati Kanda setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam, di TV3 atau boleh saksikan di www.tonton.com.my, dan LIVE TV www.xtra.com.my
Salma Syahbuddin