Makan Sushi Boleh Melindungi Dari Penyakit Bahaya?

Sushi merupakan makanan tradisional Jepun yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Kalau kita lihat kebanyakkan sushi akan menggunakan rumpai laut sebagai bahan utama. Sayur laut ini sangat popular di negara-negara asia seperti Jepun, Korea dan China.

Rumpai laut mudah tumbuh di kawasan pantai berbatu dan kalau di Malaysia ia banyak di kawasan sabah dan sarawak serta mengandungi pelbagai khasiat yang baik untuk kesihatan tubuh badan. Pelbagai produk kesihatan dan juga kecantikan dikeluarkan berasaskan bahan utamanya rumpai laut.

Walaupun nampak seperti sayur-sayuran biasa, namun khasiatnya mampu melindungi anda daripada risiko penyakit berbahaya seperti diabetes. Rumpai laut mampu meningkatkan kadar insulin dalam badan yang berfungsi menurunkan kadar gula dalam darah.

Selain warna dan rasanya yang sedap, rumpai laut juga mengandungi pelbagai vitamin, folat, zink, kalsium, magnisium dan lemak omega-3 yang diperlukan oleh tubuh untuk kekal bertenaga dan cergas sepanjang hari serta mempercepatkan proses membaiki luka disebabkan keradangan.

Sayuran ini tidak mempunyai kalori dan kandungannya yang dipanggil fucoxanthin dapat mengurangkan kadar lemak dalam badan dan membuatkan anda cepat kenyang.

Sekiranya diambil secara berlebihan ia mungkin akan mendatangkan mudarat pada diri seperti obesiti atau sakit jantung. 

SGMS Enal