Categories: TECHTech News

Tips Mainkan Fail DVD & VCD Pada Android

Sebelum kewujudan Youtube, malah sebelum kewujudan peranti pintar, pasti ramai di antara kita yang mempunya pelbagai koleksi DVD dan VCD kesukaan kita. Bertimbun-timbun di rak malah ada yang menjilid dan menyimpannya dengan rapi sebagai koleksi.

Namun demikian, kehadiran peranti pintar sekaligus telah “menamatkan” era pemain DVD dan VCD yang mana menjadi salah satu medium hiburan yang sangat penting pada suatu ketika dahulu. Boleh dikatakan sudah jarang rumah atau premis yang masih memiliki pemain video tersebut.

Sayangnya fail jenis DAT dan VOB yang terdapat pada DVD dan VCD tersebut tidak dapat dimainkan pada peranti Android yang biasa. Berikut kami kongsikan cara untuk anda mainkan fail – fail tersebut pada peranti Android, caranya sangat mudah ikuti sahaja langkah – langkah berikut.

 

Fail video jenis VOB

Pertama sekali, pasang aplikasi Wondershare Player yang boleh didapati pada Playstore mahupun laman sesawang apkpure.com

Setelah siap dipasang, buka aplikasi tersebut dan anda akan lihat paparan berikut.

 

Pilih fungsi “Decoder Mode”, aianya akan memaparkan semua fail yang boleh dimainkan oleh aplikasi tersebut.

 

Kemudian buat cari, fail “VOB”, pilih menu Auto pada paparan berikut. Selesai, sekarang anda sudah dapat mainkan fail video jenis VOB pada Android.

 

Fail video jenis DAT

Pertama sekali muat turun MX player pada Playstore

 

Seterusnya apabila membuka fail jenis DAT pastikan anda pilih aplikasi MX Player sebagai “Default player” selesai, sekarang semua fail daripada VCD dan DVD dapat anda mainkan tanpa sebarang masalah.

Nah! Sekarang anda sudah boleh memainkan kesemua DVD dan VCD koleksi anda dengan menggunakan peranti android anda. Selamat mencuba.

SGMS Putri