Categories: Hiburan

Hadiah Kereta Untuk Ibu Dan Ayah

Sempena dengan kejayaan tersebut juga, Fattah menjelaskan bahawa kereta berkenaan yang dimenangi hasil sokongan setia peminat akan diberikan kepada ibu bapanya, Mohd Amin Muda, 50, dan Azizah Abdul Ghani, 47. 

Umpama hadiah perkahwinannya bersama pelakon, Nur Fazura Sharifuddin, Fattah menerima kereta sedan premium bernilai RM150,000 itu daripada Pengurus Besar Kanan Nasim Sdn Bhd, Yasser Awan, dengan disaksikan Pengarang Eksekutif Berita, Rencana dan Digital BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman

“Tanpa sokongan ramai, saya tidak mungkin berada di sini, malah selain keluarga, peminat antara tonggak yang menguatkan semangat saya untuk terus memberikan yang terbaik,” ujarnya. 

Perjalanan seni masih jauh buat Fattah dan pastinya hari mendatang akan lebih mencabar buat pelakon ‘Hero Seorang Cinderella’ itu. 

Semoga Fattah akan terus menyinari dunia hiburan tanah air dan mampu mengekalkan sikap dan juga disiplin yang sama. 

SGMS Enal