Euforia Bola 2026
Trending By: tex_admin February 22, 2019 @ 11:14am

Teman lelaki Khloe Kardashian dituduh curang dengan kawan baik Kylie Jenner

Keluarga Kardashian tidak pernah lepas daripada kontroversi. Tristan Thompson, teman lelaki Khloe Kardashian sering dihambat cerita tidak enak mengenai sikapnya yang gemar berfoya-foya dan kaki perempuan.

Baru-baru ini, Tristan yang juga pemain bola keranjang profesional telah menaiki penerbangan ke Los Angeles untuk menyambut Hari Kekasih bersama Khloe dan anaknya, True.

Foto: E! news

Ketika sambutan parti pada Ahad (17 Februari lalu), Tristan dilihat bercumbuan dengan Jordyn Woods, teman baik adik tiri Khloe, Kylie Jenner.

Jordyn dilihat sebagai pengkhianat dalam hubungan Khloe dan Tristan yang pernah retak akibat sikap Tristan sendiri. Netizen beranggapan Jordyn menempah maut apabila menghancurkan hubungan baik bersama keluarga Kardashian yang banyak membantu kerjayanya.

Menurut sumber, Kylie Jenner, adik kepada Khloe Kardashian yang pernah melancarkan produk kosmetik dan berkolaborasi bersama-sama Jordyn dikatakan sedih dengan perkara ini dan tidak menyangka seseorang yang dipercayainya mampu melakukan perkara yang tidak bermoral sebegitu.

Foto: Cosmopolitan

Tristan membalas tuduhan TMZ dengan menghantar tweet “FAKE NEWS” mengenai perkara terbabit, tetapi memadamnya beberapa jam kemudian.

Khloe pula seolah-olah mengesahkan perkara tersebut dengan menekan like pada berita yang dimuat naik oleh pemegang akaun @hollywoodunlocked di Twitter.

Sementara itu, Jordyn Woods telah berpindah keluar dari rumah yang dikongsi bersama-sama Kylie apabila terpalit dengan kontroversi itu, semalam.

Sumber: Unilad

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 13 Dec 2024

“Sempurnakanlah Bacaan Ibuku, Jadikan Al-Quran Sahabatnya” – Nora Danish

Nora Danish berdoa kisah hijrah dan bacaan Al-Quran ibunya lancar

Hiburan Tue, 28 Oct 2025

Didakwa Sudah Berbadan Dua, Amira Othman Tampil Respons

Amira Othman nafi sudah berbadan dua

Featured Tue, 27 Sep 2022
Featured Fri, 8 Aug 2025

Fathia Latiff Sedar Wajah Dikrtitik ‘Tak Cantik’ – “Saya Tak Dilahirkan Untuk Kekal Sama”

Fathia anggap perubahan wajah bukan lesen untuk dirinya dikritik.

Featured Wed, 17 Mar 2021
error: Content is protected !!