Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd May 21, 2021 @ 5:52pm

Tengku Puteri Afzan Aminah Digelar Beauty With Brain, Kini Pelajar Jurusan Akaun Di London

Semakin dewasa semakin terserlah kejelitaan YM Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mencecah usia 21 tahun.

Puteri diraja itu sering meenjadi perhatian tatkala menemani bundanya, Seri Paduka Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah menghadiri majlis majlis dan acara formal.

Terbaru, Tunku Azizah sempat berkongsi mengenai keadaan terkini anakndanya di laman Instagram Baginda.

Menurut Tunku Azizah, puterinya itu kini berada di London kerana menduduki peperiksaan di salah sebuah universiti terkemuka.

“Afzan beraya dalam quarantine di London. Setiap 2 hari kena swab test. Exam Uni pada 26hb Mei” tulisnya.

Baginda turut meminta doa orang ramai agar mendoakan anaknya lulus dengan cemerlang dan selamat dari COVID-19.

Menurut coretan tersebut YM Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah, kini sedang mengambil jurusan Management dan Accounts di Universiti dan bakal menduduki peperiksaan Managerial Economics. Difahamkan, Puteri Afzan akan memulakan pengajian untuk tahun ketiganya di salah sebuah Universiti di London.

Rata-rata ruangan komen dipenuhi dengan ucapan selamat maju jaya buat puteri Pahang itu, ramai netizen yang memuji personaliti Puteri raja itu yang bukan hanya jelita tetapi juga berpendidikan di usia muda.

YM Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah, merupakan puteri keempat kepada Tuanku Agong dan Raja Permaisuri Agong.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 13 Apr 2020
Hiburan Wed, 24 Aug 2022
Hiburan Fri, 16 Aug 2024

Eyka Farhana Belum Bersedia Tutup Aurat, Hargai Kritikan Netizen

‘Saya juga mohon maaf jika pakaian saya terlalu berlebihan’ – Eyka Farhana

Trending Mon, 7 Jan 2019

宫崎骏迷有福了!吉卜力工作室2022开设新主题公园

宫崎骏迷有福了 !吉卜力工作室决定在长久手市的爱与地球博纪念公园内,开设新的主题公园。

Hiburan Wed, 16 Oct 2024

Mimpi Itu Percuma, Ini Harapan 5 Finalist XTRA XSTAR!

Saksikan Showcase Akhir XTRA XSTAR, pada Jumaat, 25 Oktober 2024, jam 8.30 malam secara langsung di akaun TikTok @xtra_my

Featured Thu, 26 Mar 2020

Roti Gardenia dijual pada harga RM500? Cekik darah betul!

Perbuatan individu tidak bertanggungjawab

Featured Tue, 14 Sep 2021

Pengecualian Bayaran Faedah Bagi Penerima Moratorium Pinjaman Bank – Tengku Zafrul

Proses dipermudahkan agar semua golongan dapat dibantu

error: Content is protected !!