Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom May 12, 2020 @ 1:17pm

Tepek tepung beras hari-hari pada wajah, jerawat pun tak berani muncul

Kalau nak cantik, kenalah invest atau melabur.

Konteks melabur itu kadang-kadang boleh jadi di luar kemampuan, apa lagi yang obses buat muka, buat badan, buat rambut, buat kuku termasuk pengambilan makanan tambahan, yang tidak semua orang mampu membelanjakan wang ke arah itu.

Ada sesetengah orang berkemampuan, tetapi sayang nak membazirkan duit pada maintenance kecantikan yang belum tentu memberikan kesan terhadap mereka.

Bercakap mengenai kecantikan wajah, apa perkara mustahak yang wanita paling inginkan pada kulit mereka? Tentu saja mahukan kulit wajah yang sihat, bebas jerawat, tanpa noda dan bintik hitam, cerah serta berseri.

Untuk memperoleh kulit wajah yang menawan, sebenarnya anda tidak perlu melabur ratusan atau ribuan ringgit. Dengan kos RM2 sahaja berupaya mendapatkan kulit yang cantik, yakni dengan menggunakan barang dapur di rumah.

Melalui perkongsian wanita bernama Aroora Dayana dalam Facebook, dia berkongsi tip kulit gebu cantik berseri hanya menggunakan satu bahan sahaja yang sangat murah dan jimat, iaitu menggunakan tepung beras.

Foto: Aroora Dayana

Kaedah itu sesuai diamalkan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilanjutkan sehingga 9 Jun 2020. Nak ke spa buat rawatan wajah masih tidak boleh bukan? Jadi mari buat rawatan wajah sendiri!

Kebaikan tepung beras:

1. Menyerap minyak berlebihan pada muka.

2. Memutihkan kulit muka jika digunakan secara konsisten.

3. Tiada bahan kimia.

4. Mengurangkan jerawat.

5. Menghilangkan lingkaran gelap dibawah mata.

6. Menanggalkan sel-sel kulit mati.

7. Menyerikan kulit muka.

Cara-caranya:

1. Ambil satu sudu tepung beras dan letakkan dalam mangkuk atau cawan.

Foto: Aroora Dayana

2. Letakkan sedikit air, bancuh pekat. Boleh juga dicampurkan dengan serbuk kunyit, dadih, madu atau putih telur. Bagaimanapun Dayana hanya menggunakan tepung beras kerana rutin kecantikan ini dilakukannya secara harian.

Foto: Aroora Dayana

3. Kemudian sapukan pada wajah seperti memakai pupur bedak sejuk. Pakai sehingga kering dan kemudian basuh. Jika mahu memakai semalaman pun tiada masalah.

Foto: Aroora Dayana

4. Amalkan setiap hari untuk melihat kesannya. Kulit muka menjadi lebih lembut dan cerah. Jerawat pun tak berani muncul!

Sebenarnya pelaburan paling mustahak sekali untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik, adalah masa. Masa untuk membelai diri dan menjadikan sesuatu rutin kecantikan itu amalan harian. Barulah boleh nampak perubahan dengan cepat.

Akhir kata selamat mencuba!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 10 Jan 2024
Featured Wed, 2 Nov 2022
Featured Fri, 2 Dec 2022

[VIDEO] Kongsi Berita Gembira Bakal Timang Cahaya Mata Ke-7, Reaksi Anak Bongsu Dr Sheikh Muszaphar Curi Perhatian Ramai – “Dia Tak Nak Terima”

Wahhh, permintaan Dr Sheikh nak tambah anak nampaknya dah tertunai! Alhamdulillah, moga semuanya baik-baik saja ❤️ Tahniah cap!

Featured Tue, 24 Jul 2018

Pelukis Papar Keindahan Egypt Menerusi Fesyen Cutouts. Kreatif & Luar Biasa!

Muhammed Salah mempromosikan negaranya dalam cara yang cukup unik dan kreatif menerusi seni indahnya.

familuv Sat, 16 Jun 2018

9 Teknik Urutan Yang Perlu Dipraktikkan Untuk Bayi Anda

Bayi anda akan tidur lena selepas diurut guna 9 teknik urutan ini.

Featured Thu, 16 Dec 2021
Featured Sat, 21 Jan 2023
Featured Fri, 30 Dec 2022

Kalah Main Badminton, Imran Aqil & Dahlia Rizal Terpaksa Cium Stokin!

Pelakon dan penyampai radio, Imran Aqil dan tunang, pempengaruh Dahlia Rizal terpaksa mencium stokin setelah tewas dalam permainan badminton. @imjeebsterpantang undur kecuali operasi♬ original sound – iJeebster Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Dahlia […]

error: Content is protected !!