Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 1, 2025 @ 6:26pm

Terima Komen Melampau, Nora Ariffin Titip Pesanan -“Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata Buruk Padahnya”

Penyanyi Datuk Nora Ariffin enggan  mengambil pusing mengenai komen dan kecaman yang diberikan terhadapnya.

Kata Nora, setiap kali dia ditemu bual ada sahaja pihak yang tidak berpuas hati malah sanggup memberikan komen melampau terhadapnya.

Bagaimanapun, enggan mengambil pusing, Nora sempat memberikan amaran agar individu di luar sana berhati-hati dengan kata-kata yang dilontarkan.

“Setiap kali saya di interview, ada sahaja yang memberikan komen dan mengata sampai melampaui batas. Hati-hati.

“Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya,” katanya.

Perkara itu dikongsi Nora menerusi hantaran di ruangan Instagram Story miliknya baru-baru ini.

Berkongsi lanjut, pelantun lagu Dendam Dalam Diam itu turut menitipkan pesan dan mendoakan agar segala kecaman dan komen jahat itu dibalas dengan kebaikan.

“Mengatalah sepuas-puasnya. Saya doakan segala kebaikan buat kalian semua.

“Moga ini jadi pahala untuk saya, alhamdulillah,” tambahnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 12 Sep 2025

Hamil Kali Kedua, Netizen Syak Syasya Rizal Dapat Anak Kembar Sepasang

Syasya Rizal curi tumpuan didakwa hamil anak kembar sepasang

Featured Mon, 4 Apr 2022
Hiburan Mon, 11 Nov 2024
Featured Sun, 30 Mar 2025

Awie Sokong Erra Fazira Temui Kebahagiaan Baharu – “Jangan Tunggu Lama, Fikir Masa Depan”

Sudah sampai waktunya Erra kembali berumah tangga setelah sekian lama hidup sendiri.

Contest Wed, 27 Nov 2019
Cahaya Mata Thu, 2 Feb 2023
Hiburan Tue, 19 Dec 2023

Raisa Dedah Pertemuan Pertama Dengan Meerqeen & ‘Lamaran’ Berlakon Dalam Muzik Video

Wahh untungnya Meerqeen! Best sangat MV Tak Berharap Lagi

Hiburan Sat, 25 Jan 2025

Pengalaman Sinematik Tanpa Had, Filem Reeza GTR Lakonan Alif Satar & Sophia Albarakbah Kini Boleh Disaksikan Di Tonton

REEZA GTR, karya arahan Dr. Ahmad Idham kini bersedia untuk menggegarkan Tonton!

Featured Sat, 28 Dec 2024

Abby Abadi Jadi Mangsa Scammer Gara-Gara Mahu Ramai Follower – “Senang Sangat Terpengaruh”

Abby mengaku insiden yang berlaku berpunca daripada khilafnya.

error: Content is protected !!