Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir November 16, 2022 @ 6:39pm

Terpaksa Bersalin Awal, Isteri Aditya Zoni Alami Tekanan Teruk

Pempengaruh media sosial dari Malaysia dan isteri kepada pelakon Indonesia, Aditya Zoni iaitu Yasmine Ow selamat melahirkan putera sulung pada 12 November lalu di hospital Jakarta.

Menerusi perkongsiannya di Youtube Intens Inverstigasi, Aditya memberitahu isterinya masih dipantau oleh pihak hospital kerana mengalami tekanan selepas bersalin secara pembedahan.

“Isteri saya sedang menghadapi tekanan yang sangat teruk dan ini mungkin disebabkan suntikan yang diterima sebelum pembedahan dilakukan.

“Yasmine masih berehat di hospital dan tidak menerima kunjungan daripada sesiapa kecuali keluarga,” katanya.

Menurutnya, dia terkejut apabila diberitahu isterinya terpaksa bersalin awal dari tarikh yang telah ditetapkan.

“Saya terkejut apabila diberitahu isteri terpaksa bersalin awal atas nasihat doktor dan kebetulannya saya sedang sibuk dengan penggambaran drama baru.

“Rakan artis dan pengarah memahami masalah yang dihadapi dan meminta saya untuk memberi fokus penuh dalam menjaga isteri di hospital,” ujarnya.

Untuk rekod, Aditya Zoni dan Yasmine Ow telah mendirikan rumahtangga pada Disember lalu dan mengumumkan isteri hamil anak pertama setelah beberapa bulan berkahwin.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 10 Sep 2020
Hiburan Mon, 4 Mar 2019

Ibu Adibah Noor Meninggal Dunia, AL-Fatihah…

Al-Fatihah buat ibunda Adibah Noor, Allahyarhamah Norlia Abd Majid…

Featured Wed, 25 Mar 2020
Featured Thu, 2 Feb 2023

Tangan Bergetar, Remy Ishak Akui Gugup Jumpa Orang Ramai – “Keadaan Saya Masih Tak Baik, Susah Untuk Jadi Lebih Kreatif…”

Min faham apa yang Remy lalui itu 😢 Semoga semuanya baik baik saja buat hero jejaka Malaya kita nii 💪🏻

Featured Wed, 10 Sep 2025

“Moga Apa Yang Berlaku Di Indonesia Jadi Pengajaran Buat Semua” – Inul Daratista

Inul kembali dengan goyang gerudinya pada konsert Disember ini!

Hiburan Tue, 21 Nov 2023
Hiburan Mon, 30 Dec 2024

Pelaksanaan Penghakiman Ditangguh, Che Ta Sudah Bayar MARA RM550,000

Namun, baki hutang pinjaman hendaklah dijelaskan dalam tempoh 3 bulan.

error: Content is protected !!