Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi September 8, 2022 @ 3:26pm

Terpaling Juara: “Orang Hanya Nampak Sisi Negatif Ifa Raziah, Tapi…”

Penyanyi, Ifa Raziah mendapat kritikan hebat dari warganet selepas persembahannya dalam minggu ketiga program Terpaling Juara dikatakan sumbang ketika menyampaikan lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah.

Tampil menjelaskan perkara tersebut, penerbit program Terpaling Juara, Azrul Effendi Abdullah mendedahkan Ifa adalah peserta yang paling menunjukkan komitmen tinggi dalam melakukan persediaan sebelum persembahan secara langsung.

“Orang ramai hanya nampak dan menilai sisi yang negatif daripada Ifa. Tapi, sejujurnya, dalam ramai-ramai peserta, dia yang paling bersemangat dan sangat berikan komitmen.

“Dia yang akan datang paling awal, untuk lihat dan sesuaikan dengan pentas, dan dia juga yang akan balik paling lewat. Dia mahu memberikan persembahan terbaik.

“Kami, pasukan produksi memang nampak usaha dan kerja keras dia,” katanya.

Menanti konsert minggu keempat yang bakal berlangsung Ahad ini, Azrul juga dimaklumkan oleh Ifa bahawa dia ingin memberikan persembahan yang terbaik.

“Minggu ini, dia ingin sampaikan lagu Purnama, yang juga lagu yang dipopularkan kaptennya, Naim Daniel dengan sebaik mungkin kerana pada minggu lalu, dia berada dalam kumpulan dua terbawah.

“Kami pihak produksi pun cuba membantu dengan menambahkan guru vokal dan beberapa benda untuk bantu Ifa kerana kami nak cungkil sisi berbeza Ifa Raziah berbanding yang kita sering lihat,” jelasnya.

Terdahulu, persembahan Ifa Raziah sering dkritik hebat oleh warganet selepas setiap persembahannya di program Terpaling Juara dikatakan sumbang.

ARTIKEL BERKAITAN: Terpaling Juara: “Kali Pertama Dapat Reaksi Negatif” – Kritik Ifa Raziah, Guru Vokal Nafi Cipta ‘Propa’ atau ‘Drama’

ARTIKEL BERKAITAN: Terpaling Juara: Di Pintu Syurga Didakwa Sumbang, Netizen Syak Air Mata Gimik Murahan.. Ini Penjelasan Ifa Raziah!

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 26 May 2025

Trend Kedai Kopi… Pahitnya Realiti Bak Secawan Kopi

Ramai yang terjun ke dalam perniagaan tanpa sebarang asas ilmu .

Featured Wed, 16 Mar 2022
Trending Wed, 12 Dec 2018

Gelagat Selebriti Malaysia Melihat Perlawanan Malaysia Menentang Vietnam

Malaysia bakal beraksi di final kedua pada Sabtu, 15 Disember.

Hiburan Tue, 13 Mar 2018

Putus sekali lagi, hubungan Justin-Selena sudah berakhir!

Mandy Teefey juga tidak mahu Selena dikecewakan oleh oleh Justin lagi selepas apa yang terjadi sebelum ini.

Hiburan Sat, 29 Jun 2019

‘Hanya Saya Dan Fizo Sahaja Yang Tahu’- Isteri Mohon Orang Ramai Henti Spekulasi

Kita tidak perlu asyik nampak kesalahan orang atau pasangan sahaja. Diri kita belum cukup sempurna.

Hiburan Tue, 13 Nov 2018

Pesalah Sebar Filem Munafik Secara Haram Diarah Bayar RM100K

Haa, lepasni kalau tak insaf lagi, tak taulah nak cakap apa

error: Content is protected !!