Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 5, 2025 @ 7:23pm

“Tiada Drama, Hanya Damai” – Netizen Cair Baca Coretan Romantis Aliff Awang Luah Cinta Buat Fatin Afeefa

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Aliff Awang atau lebih dikenali sebagai Opai sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila berkongsi momen penuh makna bersama isteri tercinta, pelakon Fatin Afeefa.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Opai memuat naik foto mesra mereka berdua, disertai coretan menyentuh hati yang menggambarkan betapa kuat dan utuhnya kasih sayang terhadap isterinya itu.

“Satu-satunya sebab saya terus melangkah ke hadapan… adalah dia. Tiada gangguan. Tiada drama. Hanya ketenangan,” tulisnya.

Dalam kenyataan penuh romantik itu, Opai turut memuji keperibadian Fatin yang disifatkan sebagai seorang isteri yang sabar, tabah dan setia dalam diam.

“Dia memaafkan tanpa menunjuk. Dia menyokong tanpa tepukan. Dia berdoa walau tiada siapa melihat. Perkahwinan kami bukan untuk tatapan internet. Ia untuk perjuangan yang kami menangi bersama.

“Saya tak perlu sentiasa memuat naik gambarnya untuk membuktikan apa-apa. Cukuplah saya mencintainya lebih dari sebelumnya,” katanya.

Perkongsian itu telah menyentuh hati warganet yang rata-rata memuji hubungan mereka kelihatan sangat harmoni dan matang meskipun sering diuji dengan pelbagai spekulasi sebelum ini.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada Disember 2022, dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata.

Fatin mempunyai seorang anak perempuan, Ivy Herra Sophia, hasil perkahwinan kedua bersama bekas suami, aktor Adam Shahz.

Sebelum itu, Fatin turut mempunyai seorang anak lelaki, Adam Aisy Arrian hasil perkahwinan pertama.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 25 Jul 2022
Trending Wed, 1 Jul 2020

Laudya Cynthia Bella Dan Engku Emran Akhirnya Berpisah

Kasihku sampai di sini kisah kita, jangan tangisi keadannya..

Trending Fri, 26 Jul 2019

Kena ‘Reject’ Bekas Isteri, Lelaki Ini Cari Pemutar Skru Untuk…

Mangsa berkahwin dengan suspek pada November 2014 dan mempunyai seorang anak perempuan berusia empat tahun sebelum bercerai pada Julai 2017 di Mahkamah Syariah Besut

Featured Thu, 6 May 2021

BPR Fasa 2: Kadar Pembayaran Kepada Penerima Ditambahbaik Sehingga RM600

Umum maklum, pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat fasa kedua telah dilakukan pada 7 Mei lalu. Justeru, Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa terdapat penambahbaikan kadar bayaran kepada penerima. Jika dahulu penerima daripada kategori isi rumah menerima RM300 dan […]

Hiburan Tue, 24 Apr 2018

Cantiknya Kekasih Baru Ismail Izzani!

Mail juga kelihatan sering memuatnaik gambar mereka bersama dengan posing yang sangat manja dan mesra. Siapa gadis bertuah itu?

Hiburan Wed, 24 Aug 2022
Featured Thu, 12 Jan 2023

Cara Cakap Kena Tegur, Netizen Terhibur Dengar Maryam Durian Kimchi Mengucap

Comel je Maryam ni! Banyak dah improvement cakap BM

error: Content is protected !!