Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain October 10, 2023 @ 10:44am

Tiada Halangan Bertemu Anak, Adam Shahz Lega

Pelakon Adam Shahz meluahkan rasa lega kerana dapat berjumpa anak perempuannya, Ivy Herra Sophia, 8, tanpa sebarang halangan meskipun hak penjagaan penuh masih lagi dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Menurut Adam, dia sudah pun bertemu Ivy beberapa kali selepas perbicaraan di mahkamah walaupun hak penjagaan interim berpihak kepada bekas isteri iaitu pelakon, Fatin Afeefa.

“Alhamdulillah, setakat ini saya dah tiada masalah untuk berjumpa dengan anak atau mengambilnya untuk dibawa keluar berjalan. Selepas proses perbicaraan haritu pun saya dah beberapa kali berjumpa anak saya.

“Bila-bila masa yang saya free saya hanya beritahu saja kepada bekas isteri, dah boleh jumpa Ivy,” katanya.

Tambah Adam, dia hanya inginkan hak untuk berjumpa anaknya sahaja dan akur sekiranya mahkamah memutuskan Fatin mendapat hak penjagaan sepenuhnya terhadap anaknya.

“Sebagai bapa, saya sebenarnya hanya mahukan hak berjumpa anak saja. Bukan nak bergaduh atau berebut pun. Sebab itu, saya juga bersetuju untuk memberi hak penjagaan interim Ivy kepada ibunya asalkan itu yang terbaik.

“Saya juga menyerahkan segala keputusan berhubung hak penjagaan penuh itu pada mahkamah kerana apa yang paling utama, kami adalah ibu bapa kandung Ivy.

“Jika keputusan itu nanti berpihak kepada ibunya, saya akan terima dengan baik,” jelasnya.

Sebelum ini, Adam telah memfailkan tuntutan hak penjagaan ke atas Ivy daripada Fatin Afeefa selepas mendakwa lebih dua bulan tidak dapat berjumpa dengan anak tunggalnya itu.

Adam bagaimanapun melahirkan rasa syukur kerana akhirnya bekas isterinya itu sudi memberi peluang untuk bertemu dengan anaknya setiap kali cuti sekolah selepas prosiding mahkamah berlangsung, pada Julai lalu.

Pada 15 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memutuskan Fatin mendapat hak penjagaan interim.

Adam dan Fatin mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013, namun sah bercerai pada 2017.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 29 Mar 2024
Hiburan Wed, 7 Aug 2019

古天乐发高烧缺席《使徒行者2》大马首映!

古天乐发高烧缺席《使徒行者2》大马首映!马德钟接下棒子,与张家辉与监制乐易玲和导演文伟鸿准时赴约。

Hiburan Tue, 7 Oct 2025
Hiburan Tue, 10 Jul 2018

Panas! Fattah Amin Bengang Netizen Salahkan Fazura

Didakwa isteri Fattah Amin, Nur Fazura adalah penyebab kelab peminat The Fa Team dibubarkan. Apa kes ni?

Featured Thu, 13 Oct 2022
Hiburan Mon, 9 Apr 2018

Nora Danish Dilabel Tak Pandai Jaga Anak?

Mungkin mereka memberi komen sebegitu kerana mereka sayangkan Nora dan Neyney.

Hiburan Mon, 29 Jan 2018

Sesiapa Sahaja Berhak Untuk Memberi Komen atau Pendapat

“ Setiap orang berhak memuat naik perkongsian atau melayangkan komen, dan sebagai pemerhati, dirinya juga bebas memberikan maklum balas andai ia bertujuan baik. ” Apa cerita nak tahu , jom baca

error: Content is protected !!