Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 20, 2026 @ 12:07pm

Tiada Tekanan Soal Jodoh, Daiyan Trisha Tak Letak Syarat Pada Lelaki Idaman – “Itu Semua Rahsia Allah”

Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha mengaku dia sama sekali tidak tertekan apabila diajukan soalan mengenai jodoh meskipun sibuk dengan kariernya.

Kata Daiyan atau nama lengkapnya, Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 33, keluarga termasuk ibu bapanya juga tidak pernah memberi tekanan soal isu itu memandangkan dia kini masih berstatus ‘single’.

“Tak adalah terlupa pun (cari jodoh), cuma macam saya cakap, tak ada orang beri tekanan kepada saya. Ibu bapa pun tak, dan mereka okay sangat. Kalau ada, saya okay, tiada pun okay.

“Saya rasa jodoh itu sesuatu yang saya tidak persoalkan pun. Kalau ada, saya tawakal sahaja. Tak adalah sedih sangat, tapi mungkin sebab saya sudah terbiasa hidup berdikari,”katanya ketik aditemui pada sesi fotografi drama terbaharunya berjudul, Anom Suraya yang di adakan di Balai Berita Bangsar, baru-baru ini.

Berkongsi mengenai golongan lelaki yang cuba mendekatinya, pelantun lagu Penat itu bagaimanapun berkata, mereka perlu bersaing dengan sistem sokongannya yang paling kuat selain, perlu memberikan tanggungjawab melebihi apa yang boleh diperolehinya.

“Ada yang datang mengurat apa semua, tapi dia bukan untuk bersaing dengan saya sahaja, sebaliknya dia kena bersaing dengan system sokongan saya yang paling kuat.

“Kita pun mungkin ada sebab kenapa Allah beri saya jodoh lambat, mungkin nak beri saya yang betul-betul terbaik.

“Kalau saya boleh beri sebanyak ini untuk diri sendiri, maka saya nak pastikan jodoh saya itu nanti dapat beri lebih daripada itu,” jelasnya.

Dalam masa sama, Daiyan menegaskan dia tidak meletakkan sebarang syarat terhadap kriteria lelaki idamannya.

“Lelaki yang diidamkan? Itu semua rahsia Allah. Bila dah sampai waktunya mungkin saya akan tahu sendiri,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 28 Sep 2022

Tular Video Selawat Bersama Farhatul Fairuzah: “Banyak Lagi Kena Belajar Ni” – Siti Nurhaliza

Ya Allah, merdunya Siti Nurhaliza dengan Ustazah Farhatul berselawat 🥰🥰 Banyak kali min repeat 🤩

Trending Mon, 13 Jan 2020
Trending Tue, 14 Apr 2020
Hiburan Tue, 30 Jan 2018

Nikah Diam-Diam? Mana Ada, Saya Masih Single

Ayda Jebat mengaku dia masih single dan masih belum dimiliki sesiapa. Habis pertunangan atau perkahwinan siapakah yang diadakan tu?

Hiburan Fri, 10 May 2019
Featured Fri, 19 Nov 2021

Pelajar Perempuan Dipercayai Terjun Bangunan Sekolah Lepas Duduki Peperiksaan

Seorang pelajar berumur 17 tahun ditemui cedera akibat dipercayai terjun dari tingkat empat bangunan di sebuah sekolah di Kulai, Johor pada Selasa. Memetik laporan BERNAMA, Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata remaja […]

Hiburan Sun, 17 Dec 2023
error: Content is protected !!