Euforia Bola 2026
Fab Foodies! By: SGMS Enal July 4, 2018 @ 11:48am

Tips Hilangkan Bau Tangan Pijar Dan Bau Hanyir?

Selepas siang ikan ada masanya tangan akan berbau hanyir ada juga yang berpijar. Ini dikongsikan petua yang dikongsikan oleh puan Yatie Eimra ini agak lain daripada yang lain.

Mari kita lihat perkongsian tips mudah yang hanya menggunakan ubat gigi dan garam sebagai bahan utama. Semoga bermanfaat!

Petua Hilangkan Bau Hanyir & Rasa Pijar Pada Tangan

Pernah tak masa tengah siang ikan/bersihkan ayam, kebetulan ada tetamu datang.. Walaupun dah basuh tangan dengan sabun, tangan masih tetap berbau hanyir.

Kadang² saya tengah siang ikan, time tu lah anak nak susu bagai.. Tak pun tengah menggunting cili kering, anak poo² pulak.. Kalau setakat pegang cili sikit², bolehlah lumur minyak pada tangan sebelum pegang cili. Tapi kalau dah banyak cilinya, tangan tetap terasa pijar. Kalau terkena mata pun dah terasa azabnya, ni kan pula nak sentuh anak kecik. Sebelum ni saya lumur garam je pada tangan untuk hilangkan hanyir & pijar. Tapi kena buat beberapa kali untuk pastikan bau hanyir/rasa pijar tu hilang.

Bagi yang ada anak kecik, pasti pernah alami masalah macam saya ni.. Hari ni saya nak share petua dapur untuk cepat hilangkan bau hanyir & juga rasa pijar. Kalau kat rumah ada ubat gigi yang dah tinggal sikit/dah nak habis tu, jom buat cara ni. Cuma perlukan 2 bahan je..

Bahan-bahan:

Ubat gigi
Garam

Cara-Cara:

1. Gunting tub ubat gigi, masukkan baki ubat gigi ke dalam bekas (sebaik²nya bekas bertutup supaya ubat gigi tak kering).

2. Tambahkan garam sehingga adunan menjadi seperti scrub. Kacau sebati. Siap!

Bila nak guna, hanya lumur bancuhan ubat gigi+garam ni. Gosok tapak tangan & biarkan seketika. Ia juga berkesan menanggalkan warna kunyit/pewarna makanan pada tapak tangan (utk hilangkan warna perlu lumur, gosok & basuh beberapa kali)

Nota Kaki
*biasa saya guna ubat gigi biasa je, ni kebetulan ada baki ubat gigi kayu sugi ?
*jangan gunakan ubat gigi jenis gel (kurang berkesan)
*kesan hilangkan pijar mungkin berbeza pada individu bergantung pada keserasian. Jika tangan masih terasa pijar, boleh juga sapukan susu pekat/minyak/vaseline/vicks/losyen/toner wajah (jenis beralkohol) pada tangan.

Pasti tiada lagi bau hanyir atau pijar ditangan selepas ini. Nak siang-menyiang pun dah jadi lebih mudah dan gembira

Sumber- Yatie Eimra

 
 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Mon, 7 May 2018

3 Tips Cara Jimat Melancong Dalam Negara

Tips Cara Jimat Melancong Dalam Negara

LIFESTYLE Tue, 16 Oct 2018

Senaman Hanya 1 Minit Boleh Ubah Bentuk Badan

Jangan Kata Senaman Hanya 1 Minit Tak Boleh Ubah Bentuk Badan Anda, Ini Buktinya

Fab Foodies! Sun, 19 Nov 2017

7 Tabiat Penjagaan Kebersihan Yang Boleh Memudaratkan Anda

Menjaga kebersihan diri sememangnya satu perkara yang amat penting dalam kehidupan. Cara kita menjaga kebersihan berkait rapat dengan status kesihatan diri. Sesetengan orang, hanya berkawan dengan mereka yang mempunyai penampilan yang bersih sahaja. Begitulah betapa […]

LIFESTYLE Thu, 31 May 2018

世界最长!中国港珠澳大桥即将通车

中国的大型公共建设的规模并不是一般可以想像,像是即将要开幕的港珠澳大桥,一日生活圈连接珠海、香港、澳门,可以将原本的通勤时间缩短为一半。

Fab Foodies! Mon, 20 May 2019
LIFESTYLE Sat, 23 Feb 2019

你洗澡洗「对」了吗?

洗澡是日常生活中、每天都要做的事情之一,但你知道什么时候洗澡最合适吗?

LIFESTYLE Wed, 24 Jan 2018

Kongsi Pengalaman Harungi Fasa Pertama, 5 Tahun Perkahwinan

Kongsi Pengalaman Harungi Fasa Pertama, 5 Tahun Perkahwinan- Kadang-kadang Bila Hidup Kita Susah, Jangan Salahkan Suami 100%”,

Featured Wed, 17 Feb 2021
LIFESTYLE Wed, 9 Oct 2019

未来三个月该留意什么事?

运势的起起伏伏,你是否做好准备了呢?

LIFESTYLE Thu, 16 Nov 2017

永远不该回来的复古时尚趋势【会被人鄙视吧!】

时尚套路深不可测,甚至你会觉得很疯狂。

error: Content is protected !!