Euforia Bola 2026
Featured By: Syafiqa Irdina May 27, 2020 @ 9:42am

Tokoh Kewartawanan Negara, Datuk Ahmad A. Talib Meninggal Dunia Akibat Kanser Hati

Daripada Allah kita datang, kepadaNya juga kita kembali.

Semalam, industri tanah air dikejutkan dengan pemergian tokoh kewartawanan negara, Datuk Ahmad A.Talib akibat kanser hati.

Berita kematian itu disahkan oleh anaknya, Sophia Ahmad yang juga wartawan Berita Harian sejurus Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya, Selangor. Jenazah selamat dikebumikan di Taman Perkuburan Raudhatul Sakinah, Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur, malam tadi.

Agong & Perdana Menteri Zahir Takziah

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, menzahirkan ucapan takziah kepada isteri dan seluruh ahli keluarga Allhyarham menerusi Instagram Istana Negara semalam.

“Jasa, khidmat serta bakti Allahyarham kepada dunia kewartawanan negara amat dihargai, dan pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar pada negara,” demikian menurut hantaran di akaun rasmi Instagram Istana Negara hari ini.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan pemergian tokoh wartawan Datuk Ahmad A. Talib yang juga rakan akrab beliau, sebagai  satu kehilangan besar kepada negara, khususnya dunia pemberitaan dan komunikasi.

Untuk rekod, Ahmad Talib pernah berkhidmat di New Straits Times Press (NSTP) dan dilantik sebagai pengarah eksekutif, Meja Berita dalam Lembaga Pengarah NSTP pada 1 Julai 2009 dan Pengerusi Institut Akhbar Malaysia.

Allahyarham juga pernah menyandang jawatan Penolong Pengarang Berita Harian (1987); Pengarang Berita New Straits Times; Ketua Pengarang Berita, Pengarang Bersekutu dan Penolong Pengarang Kumpulan (1991-1996). Seterusnya dilantik sebagai Pengarang Kumpulan, New Straits Times (1998) ; Pengurus Besar Kumpulan dan Komunikasi dan Pemasaran Editorial (2004) sebelum bersara daripada kumpulan NSTP pada 2005.

Salam takziah Xtra ucapkan buat keluarga arwah. Al-fatihah.

Sumber: Youtube Buletin TV3, Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 15 Dec 2025

Rita Rudaini Lantang Sokong Saranan Kerajaan Isu Culas Bayar Nafkah – “Kalau Tak Sampai Kiamat Pun Tak Settle”

Menurut Rita, isu nafkah bukan perkara baharu dan sudah berlarutan sejak sekian lama tanpa ada jalan penyelesaian.

Eat Travel Sun, 9 Sep 2018

Seramnya Kek & Pai Ini! Ada Berani Nak Makan?

Walaupun nampak seram, kek ini boleh dimakan!

Eat Travel Mon, 13 Jan 2020
Featured Sun, 5 Mar 2023
Featured Wed, 28 Aug 2019
Featured Wed, 14 Aug 2024
error: Content is protected !!