Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 13, 2024 @ 5:42pm

Tomok, Naqiu, Salma & Zahid Antara Peserta Famili Duo 4, Bakal Jadi Pertarungan Juara! Jom Semak Senarai Penuh Peserta

Program realiti nyanyian Famili Duo kembali menggegar pentas untuk musim keempat dengan menampilkan enam pasangan selebriti yang memukau.

Famili Duo 4 (FD4) bersiaran selama lapan episod dan menemui penonton bermula 20 Oktober 2024, setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 dan boleh distrim langsung secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store. 


Enam pasangan keluarga telah disahkan untuk memanaskan pentas mingguan FD4, namun teka-teki terbesar musim ini adalah siapakah pasangan misteri yang akan melengkapkan senarai peserta

Lima pasangan yang telah diumumkan adalah Shiha Zikir & Ieda Zikir (adik-beradik), Zahid & Anne (adik-beradik), Ayie Elham Floor 88 & Salma Asis (sepupu), Tomok & Sharul Kamal (sepupu), Didi Astillah & Yasmin Aziz (sepupu).

Namun, ada satu misteri yang belum terungkai, pasangan keenam masih belum didedahkan sepenuhnya dengan Naqiu tampil bersendirian di pentas buat masa ini. 

Siapakah pasangan misteri yang bakal muncul mencuri perhatian di pentas Famili Duo musim ini untuk bergandingan dengan Naqiu dan menghangatkan pentas FD4?

Menariknya, peserta kali ini pernah bergelar juara program-program nyanyian lain sebelum ini. Zahid pernah menjuarai Akademi Fantasia 2, Salma pernah menjuarai Mentor 5 dan 3 Juara, Tomok pernah menjuarai One In A Million 3 dan Naqiu pernah bergelar juara Gegar Vaganza 6.

Menambah keseronokkan selama lapan minggu, episod ini bakal dikemudikan oleh gandingan selebriti serba boleh iaitu Janna Nick dan Sharif Zero sebagai hos program manakala kerusi juri akan diisi oleh figura hebat, Mas Idayu.

Pelakon dan penerbit terkemuka, Datuk Rosyam Nor bakal memanaskan kerusi juri tetap dan pastinya akan memberikan kritikan serta pujian yang pedas dan tepat. 

Pada sidang media yang berlangsung di The Grey Box, GMBB, Bukit Bintang sebentar tadi, barisan pasangan selebriti musim terbaharu yang bakal bertanding diperkenalkan bersama barisan hos dan juri yang hebat.

Majlis ini turut diserikan dengan persembahan istimewa dan bertenaga oleh bintang Famili Duo musim kedua seperti Ara Johari, Shaffiq Erwin, Naim Daniel dan Sissy Iman yang menambahkan lagi kehangatan acara dan meningkatkan debaran untuk musim terbaharu.

Musim baharu FD4 diketuai oleh Russell Mark Rodrigues sebagai Pengurus Projek dan Muhamad Sufian Che Isa sebagai Penerbit Eksekutif.

FD4 musim ini dibawakan khas oleh Perfume Paradise sebagai penaja utama dan Marigold HL sebagai rakan penaja. Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan! dan XTRA sebagai Famili Digital.

Duo juara mingguan akan membawa pulang hadiah berjumlah RM10,000 pada tujuh episod pertama manakala finalis di pentas akhir FD4 berpeluang merebut hadiah wang utama sebanyak RM100,000! 

Pemenang mingguan akan ditentukan dari penilaian juri iaitu 70 peratus dan penonton juga berpeluang mempengaruhi keputusan dengan undian atas talian melalui Tonton yang menyumbang sebanyak 30 peratus.

Pengguna Tonton terkini yang berdaftar layak untuk mendapat peluang mengundi duo kegemaran mereka sebanyak 50 undi seminggu, manakala mereka yang melanggan pakej 3 bulan,  anda layak untuk mendapatkan tambahan lagi 100 undian setiap minggu dengan  menggunakan ciri TontonUp! 

Bermakna, penonton akan mendapat 150 jumlah undian dalam seminggu. Lagi banyak anda undi, lagi besar peluang duo anda untuk menang!

Gunakan kod promo FAMILIDUO2024  untuk menikmati potongan istimewa dengan hanya membayar RM8 sahaja bagi langganan 3 bulan, sambil memberi sokongan padu kepada duo pilihan anda.

Lebih menarik, dua pelanggan berbayar turut berpeluang memenangi dua buah Samsung Smart TV 65′ setiap minggu dengan hanya perlu meneka Duo Terbaik Mingguan!

Gunakan hashtag rasmi #FamiliDuo2024 dan #FamiliDuoTV3 untuk berkongsi tekaan dan menghangatkan lagi perbualan di laman sosial media.

Pastikan anda tidak ketinggalan mengikuti persaingan sengit ini serta sokong dan undi duo selebriti kegemaran anda di pentas persembahan FD4 nanti!  

Jangan lupa saksikan Famili Duo 4 yang bersiaran selama lapan episod bermula 20 Oktober 2024, setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 dan boleh distrim langsung secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 22 Jun 2026

Catat Lebih 60,000 Video Ciptaan Di TikTok, Ammar Haikal Tampil Dengan Debut Single ‘Gila Bayang’

Peminat Kumpulan The Weeknd ini bersyukur apabila dia kini tampil dengan debut single terbaharunya, Gila Bayang.

Trending Sat, 9 Dec 2017

Berdebar Juga Bila Tengok Ada Yang Menangis

”Berdebar Juga Bila Tengok Ada Yang Menangis”, Pelajar UNIMAP Berusia 23 Tahun Kongsi Pengalaman Jadi Peserta Majlis Khatan

Hiburan Wed, 8 Oct 2025
Hiburan Sat, 1 Dec 2018

Intan Najuwa Dicemuh Kerana Tak Reti Isi Minyak Kereta?

Alamak, betul ke ni? Dia bergurau je kot…

Hiburan Mon, 30 Jul 2018

「体力和精神透支」刘家昌大马演唱会宣布取消

主办方对于在短期内再办一场演唱会将对年岁甚高的刘家昌老师会有不确定的安全顾虑,经慎重考量后决定取消马来西亚场演唱会。

Hiburan Mon, 14 Oct 2019
Events Sat, 17 Mar 2018

‘Aku Cinta Pada Mu” – Park Bo-Gum

Lebih daripada 4,000 peminat yang hadir  bukan sahaja mahu melihat keistimewaan telefon pintar Samsung Galaxy S9 dan S9+ tetapi lebih kepada bertemu Park Bo Gum.

Hiburan Thu, 6 Sep 2018

那英暌违17年再度来马开唱!明年216「攻」上云顶飙唱

天后驾到!暌违17年,华语乐坛天后那英明年2月16日将来大马举办《那英那世界巡回演唱会》!届时那英会飙唱多首属于她的经典歌曲,与大马粉丝度过一个难忘的情人节。

Hiburan Sat, 23 Jun 2018

Jangan Salahkan Pendatang, Rakyat Malaysia Baiki Diri Dulu -Chef Wan

Baru-baru ini, Kementerian Sumber Manusia mengarahkan semua restoran dan kedai makan di negara ini untuk mengambil tukang masak tempatan di premis masing-masing bermula 1 Julai ini. Hal ini turut mendapat perhatian ramai termasuklah Chef terkenal […]

error: Content is protected !!