Euforia Bola 2026
Drama By: Padin August 17, 2023 @ 10:30am

Tonton Apa Hari Ni: ‘Gadis Muzikal’

Program realiti sering menyerlahkan daya saing para peserta. Itulah yang terjadi menerusi program realiti yang diketengahkan dalam drama Lestary terbaharu yang berjudul ‘Gadis Muzikal.’

Syikin, Aifa, Una, Lulu dan Melly masing-masing datang daripada latar belakang yang berbeza. Mereka juga mempunyai bakat yang berlainan. Namun, mereka semua telah menyertai sebuah program realiti secara maya. Program ini mencari ahli bagi satu kumpulan trio yang bernama Angelz.

Setelah melalui proses penilaian oleh Miss Jay dan Kurt, kelima-lima gadis ini telah berjaya mara ke pusingan seterusnya dalam program realiti ini. Kesemua mereka telah ditempatkan di sebuah banglo dan diasingkan daripada orang ramai. Setiap minggu, mereka akan diberi tugasan dan misi yang berbeza.

Pencapaian program pada minggu pertama tidak memuaskan hati Azman, Ketua Pegawai Eksekutif bagi syarikat yang bertanggungjawab untuk program tersebut. Oleh demikian, dia telah mengarahkan Miss Jay, Kurt dan Ben untuk mengubah corak permainan bagi program tersebut demi menaikkan ‘rating.’


Tugasan khas seterusnya melibatkan pengubahan karakter. Una, Lulu dan Melly perlu menjadi pembuli terhadap Syikin dan Aifa. Drama yang tercetus antara para peserta ini berjaya meningkatkan ‘rating’ seperti yang diinginkan oleh Azman.

Namun, Una tidak tahan lagi dengan situasi di banglo tersebut. Dia telah menarik diri. Hal ini memaksa Miss Jay, Kurt dan Ben untuk memujuknya. Apakah lagi yang bakal berlaku dalam pencarian trio terbaik dalam program ini?

Cerita Apa? ‘Gadis Muzikal’
Hari Apa? Setiap Khamis – Sabtu
Jam Berapa? 9 malam
Di Mana? TV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Mon, 9 Oct 2023

Afifah Nasir Bawa Watak Jahat, Bergandingan Dengan Aiman Hakim Dalam Haloba

Saksikan drama bersiri Haloba di slot Samarinda TV3

Drama Thu, 30 May 2024
Drama Mon, 10 Jul 2023
Drama Tue, 5 Sep 2023
Drama Wed, 17 May 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Kampung Mat Saleh’

Kemalangan yang berlaku telah mengubah identiti.

Drama Tue, 10 Feb 2026

“Makan You Je Lah” – Dialog Manja Uqasha Senrose, Zul Ariffin Dalam ‘Bisik Asmara’ Buat Penonton Resah!

Menerusi perkongsian video pendek di TikTok, Uqasha (Noreen) dan Zul Ariffin (Farhan) dilihat duduk bersebelahan di atas sofa sebelum Uqasha mengajukan pertanyaan kepada Farhan tentang makanan yang ingin dinikmatinya.

Drama Wed, 22 Mar 2023
error: Content is protected !!