Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin March 7, 2025 @ 3:50pm

Tracie Sinidol Terkejut Peminat Minta Buat Ujian DNA, Anggap Wajah Mirip Mira Filzah Satu Rezeki

Disebabkan terlalu kerap dibandingkan, pelakon asal Sabah, Tracie Sinidol,  mengaku ramai peminat mencadangkan agar dia melakukan ujian DNA (Asid deoksiribonukleik) untuk mengetahui sama ada dia mempunyai pertalian darah dengan aktres terkenal, Mira Filzah.

Bagaimanapun, Tracie, 23, menganggap permintaan tersebut hanya sekadar gurauan  peminat semata-mata.

“Ada yang bertanya, tak mahu ke buat ujian DNA dengan Mira? Manalah tahu kalau ada pertalian darah.

“Saya hanya menjawab bahawa asal-usul kami berbeza dan memang mustahil kerana ibu bapa kami juga berlainan.

“Ada juga yang berseloroh yang kata mungkin kami kembar yang terpisah, tetapi saya tak ambil hati dan menganggap semua itu sebagai jenaka,” katanya kepada XTRA.

Tracie berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada majlis tayangan episod akhir Gadis Semasa baru-baru ini.

Dalam pada itu, Tracie menjelaskan, dia tidak pernah merasa bosan apabila wajahnya sering disamakan dengan ibu anak satu itu malah, menyifatkan ia sebagai salah satu rezeki.

“Kadang-kadang, suara kami pun hampir sama. Sampai saya sendiri keliru ketika menonton video di TikTok. Ingatkan itu suara saya, rupanya Mira.

“Orang kata kalau saya bertudung, wajah kami nampak hampir 100 peratus sama. Tapi sebenarnya tidak.

“Kalau saya tidak memakai tudung, wajah saya lebih mirip dengannya berbanding berhijab. Itu yang kami perasan ketika membuat konten promosi untuk jenama tudung Mira.

“Saya tidak bosan, malah menganggap semua itu sebagai komen positif dan rezeki dalam bidang seni,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 28 Oct 2018

Netizen Tersenyum Bila Erma Fatima Bawa Ibunya Beli Telefon

Video penuh dengan komen mencuitkan dari netizen. Tak percaya cuba tengok

Trending Sat, 26 Dec 2020
Hiburan Fri, 2 May 2025

Bekas Isteri Datuk Red Bongkar Kes Cakar Wanita Berlaku Pada Tahun 2009

Bekas isteri Datuk Red imbau kejadian cakar seorang wanita dalam rumah

Featured Wed, 23 Mar 2022

“Usaha Dakwah Saya Hanya Jadi Asbab Untuk Asfan, Hidayah Dari Allah” – Nabil Ahmad Tumpang Gembira

Alhamdulillah, seronok rasa mendengar kata-kata Nabil, penuh makna yang mendalam.. 🥺

Hiburan Tue, 10 Sep 2019

Mamat Ditahan Satu Ujian, Doakan Exists…

Rata-rata peminat kumpulan lagenda ini memberikan kata semangat di laman Instagram Ajai.

Featured Fri, 5 May 2023
Trending Wed, 25 Mar 2020

COVID-19: Angka Kematian Meningkat, Malaysia Catat 17 Kes Hari Ini

Kementerian Kesihatan mengesahkan satu lagi kes kematian hari ini di Muar,Johor  sekali gus menjadikan jumlah kematian di negara ini menjadi 17 kes.  Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah , kes terkini membabitkan kes […]

Hiburan Tue, 13 Aug 2024

Dedah Perangai Shuk Sahar, Iqram Dinzly Nasihat Jangan Percaya Fara Salleh – “Hati-Hati Dengan Wanita Akhir Zaman”

‘Jangan percaya bulat-bulat apa yang pasangannya katakan dengan apa mencurigakan’ – Fara Salleh

error: Content is protected !!