Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 13, 2025 @ 6:47pm

Tragedi 9 FRU Terkorban: Pemandu Lori Disyaki Miliki Rekod Jenayah Lampau Termasuk Kes Dad*h, Keputusan Bedah Siasat Selesai Malam Ini

Pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan tragis sehingga mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) didapati mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau, termasuk kes berkaitan dadah.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, lelaki berusia 45 tahun itu mempunyai enam rekod jenayah, kebanyakannya melibatkan kesalahan dadah.

“Dia mempunyai enam rekod jenayah lampau, terutamanya berkaitan dadah,” katanya kepada pemberita.

Tambahnya, hasil ujian air kencing awal mendapati keputusan negatif, namun siasatan lanjut masih dijalankan.

Manakala, pemandu itu juga dipercayai mempunyai beberapa saman trafik tertunggak dan kini berada dalam tahanan polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian.

Kronologi Kejadian

Kemalangan maut yang berlaku awal pagi tadi selepas konvoi tujuh kenderaan Unit 5 FRU dalam perjalanan pulang dari tugasan kawalan awam di Teluk Intan ke pangkalan mereka di Sungai Senam, Ipoh.

Kemudian sebuah lori dilaporkan tiba-tiba merempuh salah satu trak yang membawa anggota FRU.

Lapan anggota maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Teluk Intan.

Dan, tiga lagi mangsa dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Polis Beri Penghormatan Penuh

Datuk Noor Hisam menyifatkan insiden ini sebagai kehilangan besar buat FRU dan seluruh pasukan polis.

“Kami memastikan semua proses bedah siasat, pemberitahuan kepada keluarga dan urusan pengebumian diuruskan dengan penuh hormat,” jelasnya.

Menurutnya, lapan daripada sembilan anggota yang terkorban adalah anak jati Perak, manakala seorang berasal dari Kedah.

Tujuh lagi anggota FRU adalah beragama Islam dan dua lagi bukan Muslim.

“Upacara pengebumian akan dilaksanakan mengikut agama masing-masing, dengan penghormatan penuh dari pihak polis,” ujarnya.

Ikut Prosedur & SOP FRU

Mengulas mengenai penugasan FRU di Teluk Intan, Noor Hisam memaklumkan semua tugasan dilakukan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) FRU.

“Tugasan seperti ini lazimnya mengambil masa tiga hari dimana  satu hari perjalanan ke lokasi, satu hari bertugas, dan satu hari untuk pulang,” tambahnya.

Katanya lagi, dalam konvoi tersebut terdapat tujuh kenderaan termasuk sebuah lori, empat trak berat dan dua Land Rover. Kenderaan yang terlibat dalam perlanggaran itu adalah trak kelima dalam barisan, yang membawa peralatan.

“Disebabkan itu impaknya besar dan menyebabkan banyak kematian,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain,  proses bedah siasat sembilan mayat anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang maut dalam kemalangan ngeri dengan sebuah lori muatan batu di Jalan Chikus ke Sungai Lampam pada Selasa dijangka selesai seawalnya 8 malam ini.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Filem Wed, 21 Feb 2024

Fattah Amin Buat Peminat Menangis, Watak Yusuf Jadi Buruan Di Indonesia

Fuh, lain macam penangan Fattah dekat Indonesia 🤩

Trending Sun, 10 Apr 2022
Hiburan Wed, 30 Oct 2019

Tunai Hasrat Sahabat, Ramli Sarip Gegar Pentas IB Tahun Depan!

Dah beli tiket untuk menonton konsert kolaborasi Papa Rock dan Ratu Rock Negara?

Trending Mon, 5 Nov 2018

Pencuri Pulang 28 Biji Kerusi Dicuri Tak Sampai 24 Jam Video Tular

“Tarik Balik Gambar Diviralkan,” Pencuri Pulang 28 Biji Kerusi Dicuri Tak Sampai 24 Jam Video Tular

Hiburan Thu, 2 Oct 2025

Himpunan #Stand4Sumud, Air Mata & Doa Rakyat Malaysia Iringi Sukarelawan Aktivis Kemanusiaan

Perhimpunan Global Sumud Flotilla berarak menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat dihadiri lebih 5,000 rakyat Malaysia

Events Wed, 5 Sep 2018

Wakili Malaysia, UPAG Sasar Pingat Emas Di Cheonan

Kami berbangga dengan penyertaan dan dapat mewakili negara dalam memartabatkan tarian dan budaya kebangsaan di mata dunia. Kami akan buat yang terbaik…Good Luck UPAG!

Contest Wed, 30 Oct 2019

xtra好康头 | 送你《马来西亚全国舞狮锦标赛-云顶杯》入门票

xtra好康头 送你《马来西亚全国舞狮锦标赛-云顶杯》入门票,让你现场一睹半决赛各技艺精湛的舞狮。

Hiburan Wed, 8 May 2019

大马知名小提琴家Dennis Lau演奏会629引爆!

相继上一次在2016年的演奏会,大马著名小提琴家Dennis Lau这次将与不同风格地本地艺人合作,为大家带来别具风格的演奏会,开启新的一章!

Featured Wed, 22 Jan 2025

“Bertiga Sementara, Bocey Selamanya” – Achey

Achey mengambil kesempatan memanjatkan doa buat sahabatnya itu.

error: Content is protected !!