Categories: Trending

15 Kes Positif Dicatatkan, Malayan Mansion Dan Selangor Mansion Antara Kawasan PKPD

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua lagi kawasan bermula hari ini.

Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bangunan Selangor Mansion dan bangunan Malayan Mansion, Jalan Masjid India, Kuala Lumpur menjadi lokasi terbaru PKPD.

Sumber : Facebook

“Mengambil kira jumlah kes berkenaan, kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan memutuskan untuk melaksanakan arahan keempat PKPD.

“PKPD di dua bangunan itu membabitkan 5,000 hingga 6,000 penghuni di 365 unit kediaman dan premis perniagaan di bangunan itu berkuat kuasa 7 April (hari ini) sehingga pengesanan tamat

Sumber : Facebook

Selain itu, PKPD dilaksanakan untuk membendung jangkitan Covid-19 daripada terus tular selain menjadi langkah bagi aktiviti pengesanan kes dari unit ke unit dilaksanakan sepanjang tempoh ini.

Menurutnya lagi, penghuni juga tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD sepanjang tempoh penguatkuasaan.

“Penghuni boleh membuat pesanan makanan yang boleh dihantar dan diambil di tempat yang ditetapkan manakala Pangkalan Perubatan dibuka di kawasan itu selain laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup,” Katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Terdahulu, kerajaan telah mengeluarkan PKPD di tiga kawasan iaitu Kluang, Johor, Hulu Langat, Selangor dan Menara Plaza City One di Jalan Munshi Abdullah.

Salma Syahbuddin