Categories: Trending

204 Petugas Di PPV IDCC Shah Alam Positif Covid-19

Seramai 204 petugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam disahkan positif Covid-19.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, berkata keputusan diperolehi selepas saringan beramai-ramai dilakukan pada 10 Julai lalu.

Katanya, orang ramai yang hadir untuk program vaksinasi di IDCC Shah Alam pada tarikh 9, 10, 11 dan 12 Julai lalu diminta melaksanakan kawalan kendiri selama 10 hari.

Untuk makluman, IDCC Shah Alam ditutup hari ini berikutan kes positif Covid-19 yang dikenal pasti dalam kalangan petugasnya.

Bagaimanapun, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) itu akan dibuka semula esok selepas langkah keselamatan termasuk sanitasi sudah dijalankan.

 

 

Sumber  :Bernama

Salma Syahbuddin