Categories: Trending

Doa Fazura Depan Kaabah

Nur Fazura Sharifuddin, atau lebih dikenali dengan nama Fazura memang satu nama yang tidak asing di kalangan peminat dunia hiburan. Kini nama tersebut makin dikenali semnjak dikaitkan dengan selebriti terkenal Fattah Amin.

Meskipun kini berada di Makkah mengerjakan umrah, pasangan selebriti, Nur Fazura, 34, dan Fattah Amin, 27, masih menjadi perhatian peminat.

Apatah lagi, Fazura ada memuat naik dua gambar di Instagram (IG) miliknya iaitu Kaabah dan juga dirinya yang mengenakan telekung di Masjidil Haram.

Menerusi gambar Kaabah yang dikongsi Fazura kelmarin, dia mengucapkan salam Subuh dan mengambil kesempatan memohon maaf secara terbuka kepada yang mengenalinya atau tidak.

“Saya berdoa semoga ibadah umrah saya kali ini akan membawa seribu rahmat dan keberkatan.

“Saya turut mendoakan semoga hati mulia anda yang selalu mendoakan saya juga akan dikurniakan keredaan Allah SWT di dalam dunia sampai akhirat. Amin Allahuma Amin. Salam sayang selalu,” katanya.

Gambar berkenaan menerima lebih 175,000 status ‘like’ dengan 3, 175 komen.

Rata-rata pengikutnya menyambut baik doa Fazura termasuk mendoakan juga kebaikan dan kesejahteraan buat pelakon itu.

Untuk gambar bertelekung pula yang dimuat naik Fazura pada Jumaat lalu, ramai yang meninggalkan komen menyukai penampilannya yang dipuji cantik semula jadi tanpa solekan.

Lebih 234,000 status ‘like’ diterima Fazura untuk gambar itu dengan 3,341 komen.

Rabu lalu, Fazura dan Fattah bersama keluarga masing-masing berangkat ke Tanah Suci mengerjakan umrah.

Terdahulu, tersebar desas -desas mengatakan pasangan popular ini sudah bernikah sehari sebelum pemergian mereka ke Tanah Suci, bagaimanapun status mereka tidak diketahui hingga kini.

Pun begitu, pasangan ini dijangka akan mengadakan sidang media pada 23 November ini.

Kita doakan yang baik-baik sahaja untuk mereka berdua.

 

SGMS Putri