Categories: Trending

6 Lagi Pelajar Dan 7 Guru Disahkan Positif Covid-19

Seramai 6 pelajar sekolah dan 7 guru di tiga buah sekolah di Lahad Datu kini disahkan positif Covid-19.

Menurut Penagrah Kesihatan Sabah, Datuk Christina Rundi, ia adalah kes ke-921, ke-922 dan 925 hingga ke-935.

Pesakit dari Kluster Benteng, Lahad Datu

Tambahnya lagi, kesemua pesakit dikesan positif wabak berkenaan ketika pemeriksaan saringan kontak Kluster Benteng, Lahad Datu.

Bagaimanapun, semua kes telahpun berada di bawah jagaan Hospital Lahad Datu.

35 OKT disahkan positif Covid-19

Dr Christina turut menyatakan seramai 35 Orang Kena Tahan (OKT) di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (OPD) Lahad Datu juga turut disahkan positif Covid-19.

Ia membabitkan 20 lelaki bukan warganegara dan 15 lelaki warga tempatan iaitu kes ke-882 sehingga 916.

Dan, sebanyak 937 kes positif Covid-19 direkodkan di Sabah sehingga Rabu.

Ini sekaligus, menunjukkan pertambahan jumlah kesbaharu sebanyak 60 kes di lima daerah seperti Lahad Datu (54), Sandakan (3), Tawai (1), Kunak (1) dan Kota Kinabalu (1).

Sumber : Harian Metro

Salma Syahbuddin