Categories: FeaturedTrending

80 Peratus Sektor Awam, 40 Peratus Sektor Swasta Diwajibkan Bekerja Dari Rumah

Dalam sidang media Majlis Keselamatan Negara MKN bersama Kementerian Kesihatan Malaysia KKM hari ini, Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri berkata sebanyak 80 peratus pekerja sektor awam diwajibkan bekerja dari rumah.

Manakala bagi sektor pekerjaan swasta, sebanyak 40 peratus diwajibkan bekerja dari rumah.

Tambah beliau lagi, maklumat lanjut dan SOP akan dikemukakan oleh Kementerian Antarabangsa dan Industri (MITI).

Dalam pada itu, menurut beliau lagi operasi perniagaan juga dihadkan sehingga jam 8 malam termasuk pusat beli belah.

Susulan peningkatan kes COVID-19 secara mendadak, kerajaan mengambil langkah untuk terus  memperketatkan larangan pergerakan dari masa ke semasa.

 

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”