Categories: FeaturedTrending

Berniqab Tetapi Tidak Memakai Pelitup Muka Tetap Salah -Ismail Sabri

Susulan tular kes selebriti yang berniqab tetapi tidak memakai pelitup muka baru baru ini, Menteri Kanan Keselamatan Dato Seri Ismail Sabri berkata perkara tersebut tetap salah.

Menurut beliau, di bawah akta 342, seseorang individy diwajibkan memakai pelitup muka, walaupun individu berkenaan memakai niqab ataupun face shield.

“Jika memakai niqab tetapi tidak memakai face mask ianya tetap salah di bawah akta 342” jelas Menteri Kanan Keselamatan, Dato Seri Ismail Sabri ketika sidang media petang ini bersama Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisoner Mohd. Said Ibrahim berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan terhadap selebriti, Noor Neelofa Mohd Noor selepas gambarnya yang mengenakan niqab tanpa memakai pelitup muka ketika hadir ke Kompleks Mahkamah Seremban pada Khamis.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”