Categories: Trending

9 Individu Dikenakan Tindakan Tegas, Ingkar Arahan Kuarantin Rumah

Sehingga semalam terdapat 9 individu dikenakan tindakan selepas didapati gagal mematuhi SOP arahan kuarantin di rumah.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan terhadap sembilan individu itu susulan pemeriksaan dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terhadap 1,445 individu yang menjalankan kuarantin wajib 14 hari di kediaman masing-masing (home quarantine).

Tambahnya lagi, PDRM bersama petugas KKM akan sentiasa membuat pemeriksaan dan pemantauan terhadap individu terbabit supaya mereka sentiasa mematuhi SOP.

Penurunan caj penginapan di ILA

Kerajaan menerusi Mesyuarat Khas Menteri bersetuju menurunkan caj penginapan di ILA bagi mengurangkan beban rakyat di negara ini terutamanya individu yang perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari.

Terdahulu, kerajaan mengenakan caj sebanyak RM150 sehari untuk mereka yang dikuarantin di 5 ILA dan 58 hotel terpilih seluruh negara. Namun setelah kementerian meneliti caj penginapan di ILA, ianya akan diturunkan kepada RM100 dan hanya caj bagi hotel sahaja yang akan kekal iaitu RM150.

27,200 kenderaan telah diperiksa oleh PDRM

Dalam pada itu, PDRM melaksanakan 65 sekatan jalan raya menerusi Operasi Benteng di seluruh negara dan memeriksa 27,200 kenderaan bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (Pati) terutamanya lorong tikus.

” Menerusi operasi sama, seramai 2,931 pati, 625 tekong serta 167 penyeludup ditahan bersama 122 bot dan 303 kenderaan yang terbabit dalam cubaan menceroboh sempadan negara sejak 1 Mei sehingga semalam. Katanya.

Dan, kerajaan juga akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram.

Salma Syahbuddin