Categories: Trending

Abu Bakar Omar Meninggal Dunia

Pelakon veteran berbakat besar, Abu Bakar Omar telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.04 pagi di Hospital Alor Setar, Kedah.

Berita sedih terbabit dikongsikan oleh pelawak dan penyampai radio, Sharifah Shahirah menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

“Hari yang barakah, Jumaat bulan yang mulia. Takziah buat keluarga Allahyarham,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Meninggal dunia pada usia 73 tahun, Abu Bakar Omar membintangi banyak watak serius dan karakter air mata.

Dilahirkan di Titi Gajah, Alor Setar pada 25 April 1948, Abu Bakar Omar pernah meraih trofi
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik untuk Anugerah Skrin 1999 menerusi telefilem Mata Hati dan Pelakon Lelaki Terbaik untuk Anugerah Skrin 2012 menerusi telefilem Gincu Ayah.

Padin