Trending By: Padin December 27, 2020 @ 6:51am

“Ada 2 Perkara Tak Boleh Saya Lupa…” – Bergelar Juara, Aina Abdul Dedah Kesulitan Sewaktu Vokal Mania

Penyanyi Aina Abdul mendedahkan kesulitan yang dihadapi sepanjang sembilan minggu bersaing di pentas Vokal Mania.

Merangkul gelaran juara idol di pentas akhir Vokal Mania yang melabuhkan tirai malam tadi, Aina menewaskan Indah Ruhaila, Lan Solo dan Tomok.

ARTIKEL BERKAITAN: Vokal Mania: Aina Abdul Bergelar Juara Idol, Aisha Retno Jadi Juara Rookie

“Sejujurnya, ada dua perkara yang tak boleh saya lupakan sepanjang menyertai Vokal Mania. Pertama, ketika saya terpaksa membuat persembahan live dari rumah kerana menjalani proses kuarantin.

“Ketika itu, band yang saya tampilkan bersama di rumah mendapat kritikan dan dipanggil sebagai band orang kahwin. Saya menghormati pandangan terbabit tapi jauh di dasar hati, saya rasa terkilan kerana kami meletakkan sepenuh usaha di minggu tersebut.

“Disebabkan itu, saya menampilkan orang yang sama, band yang sama di pentas akhir Vokal Mania mengiringi saya di persembahan solo menyampaikan lagu Shadow dan I Surrender.

“Kedua, sewaktu saya menyanyikan lagu Reflection di minggu kelima. Ketika itu, saya menghadapi masalah dengan monitor di telinga (in-ear monitor) atas kesilapan teknikal.

“Waktu saya sedang menyanyi, saya mendengar suara orang bersembang di in-ear monitor dan akhirnya saya hilang fokus.

“Kesalahan itu saya letakkan kepada diri saya sendiri kerana tidak memberikan sepenuh tumpuan terhadap nyanyian.

“Saya belajar dari insiden terbabit dan selepas itu, saya tak boleh berharap 100 peratus terhadap monitor dan harus memberikan fokus terhadap persembahan,” katanya kepada Xtra.

Jelas Aina lagi, kemenangannya di Vokal Mania adalah penutup manis bagi tahun 2020.

“Tak terungkap penghargaan dan rasa berterima kasih saya kepada semua pihak. Saya amat hargai usaha keras team saya, tenaga produksi, pihak TV3 dan terutama sekali kepada penyokong saya, Ainations yang memberi aura positif setiap hari.

“Saya anggap kemenangan ini sebagai penutup manis bagi tahun 2020 dan berharap tahun 2021 akan lebih bersinar,” katanya lagi.

Selepas berjaya dinobatkan sebagai juara, Aina meraih hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi Vokal Mania.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 24 Feb 2022

“Saya Sendiri Tak Tanya Bila Neelofa Nak Kongsi Wajah Bilal” – Datin Noor Kartini

Usahawan terkenal, Datin Noor Kartini Noor Mohamed, 56, menyerahkan keputusan kepada anaknya, selebriti popular Neelofa untuk berkongsi foto wajah cucunya, Muhammad Bilal kepada orang ramai. Menurut Kartini, sehingga kini dia tidak bertanya mengenai perkara terbabit […]

Trending Wed, 7 Apr 2021

Dipilih Sebagai Duta Projek, Patung Ejen Ali & Alicia Dipamer di River of Life

Patung figura animasi popular, Ejen Ali dan Alicia mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi yang pertama dipamerkan di lokasi tarikan pelancongan terkemuka River of Life (RoL) yang terletak di pusat bandar Kuala Lumpur bermula 4 April […]

Featured Mon, 15 Aug 2022

[VIDEO] “Jangan Bawa Watak Khuzairi In Real Life!”- Netizen Terhibur Tya Adnan Usik Shukri Yahaya Dengan Kehadiran Orang Ketiga

Alamak! Hahaha comel je ek perangai mereka berdua ni. Manja betul Shukri Yahaya dengan Tya Adnan

Trending Mon, 1 Oct 2018

墓园惊见巨大iPhone!老爸:送给女儿的最后礼物

墓园里出现巨大iPhone?一名父亲为了纪念女儿特将墓碑打造成iPhone,在肃穆的墓园中看起来格外突出。

Hiburan Thu, 21 Mar 2024